Monday, August 31, 2009

Merdeka Bukan Hanya Sekadar Laungan

Alhamdulillah Alllah Swt kurniakan kepada kita kemerdekaan yang ke-52 yang kita telah sambut pada tahun ini. Inilah nikmat yang besar yang Allah kurniakan kepada kita. Dalam kondisi kemerdekaan yang dirayai pada bulan Ramadhan ini juga merupakan peluang yang besar untuk kita memohon kepada Allah swt agar memberikan kepada kita kekuatan untuk terus-menerus berada dalam kemerdekaan.

Sebagai ummat Islam yang dikurniakan kemerdekaan ini perlulah bersyukur dengan sebanyak mungkin, berapa banyak kita lihat huru-hara yang terjadi sejak kebelakangan ini. Banyak nagara ummat Islam masih lagi dijajah oleh musuh- musuh Islam, serangan demi serangan yang berlaku. Kebelakangan ini dengan isu perniaagaan organ badan para syuhada Palestin, pergolakan dan pembunuhan yang berlaku di Selatan Thai, penindasan terhadap penduduk menoriti Islam di Xijiang baru-baru ini merupakan iktibar kepada kita yang berada dalam keadaan aman.

Asal perkataan merdeka ialah Merdeheka iaitu bebas daripada penjajah, kurungan, naungan dan lain-lain. Tetapi untuk merapatkan kita dengan Islam, saya petik apa yang disebut oleh Rib’i bin Amir, ketika dia berdiri di hadapan singgahsana Parsi dia menyebut :

“Allah telah mendatangkan kami, untuk mengeluarkan sesiapa yang Dia kehendaki, dari perhambaan sesama manusia kepada perhambaan kepada TUHAN Manusia, dari kesempitan dunia kepada keluasan akhirat, dari kezaliman agama-agama kepada keadilan Islam,”

Pada saya inilah ta'rif yang paling tepat mengenai kemerdekaan untuk kita sebagai muslim. Saya rasa sekiranya kita memahami erti kemerdekaan sebagaimana yang ditakrifkan oleh Radi' Bin Amir dan mengaplikasikan dalam kehidupan kita tentu kita tidak di hinggap oleh unsur-unsur yang negatif yang merosakkan kita, menyesatkan kita, menyekat kebebasan kita dan sebagainya.

Kemerdekaan bukan sekadar dapat memerintah sahaja, sebagaimana yang difahami oleh sesetengah pihak bahkan ia lebih umum iaitu mengabdikan keseluruhan Aktiviti hidupan hanya kepada Allah Swt. Contoh pelopor kemerdekaan yang sebenar bukanlah tungku Abd Rahman yang di gelar bapa kemerdekaan, Bukan Jose Protasio Rizal di Filipina, bukan Sukarno di Indonisia , bukan Mahatma Ghandi di India.

Ini kerana kemerdekaan yang dibawa oleh mereka kepada masyarakat hanya dari sudut-sudut tertentu sahaja. Pelopor sebenar kemerdekaan secara menyeluruh ialah Nabi Muhammad Saw yang memperjuangkan kemerdekaan bagi Manusia, tidak terhad kepada bangsanya sahaja malah meliputi semua bangsa lain. Beliau juga telah mewujudkan masyarakat yang benar-benar merdeka dari semua sudut .

Pada mulanya beliau pernah ditawarkan dengan keamanan oleh Tan Sri Abu Jahal dengan tawaran tertentu, untuk memberikan kemerdekaan kepada Nabi, tetapi Nabi Saw menolak. Nabi Saw mempunyai prinsip wahyu yang tersendiri untuk memerdekakan ummat dari aspek material dan spiritual sebagaimana yang dikehendaki oleh agama.

Oleh itu kemerdekaan perlulah dengan kedua-dua aspek tadi. Sekiranya merdeka hanya dari sudut material, akan runtuh hancur apabila ditelan zaman, apabila digabungkan dengan dua unsur ini InsyAllah kemerdekaan akan terus kita kecapi. Inilah kemerdekaan yang sebenar yang dituntut oleh Islam dan yang boleh dikatakan sebagai merdeka.

Kemerdekaan dalam Islam ialah meletakkan agama di tempat yang tertinggi mengatasi sebarang agama dan ideologi yang lain selain daripada Islam. Allah berfirman bermaksud :

Dia-lah yang mengutus rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar dia memenangkannya di atas segala agama-agama meskipun orang musyrik membenci ( Surah Al-Saff ayat : 9 )

Ini diperkukuhkan dengan sabda Rasululllah Saw :

Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya. ( Riwayat Baihaqi ) no. 11935 .

Inilah yang disebut sebagai merdeka , kalulah hanya merdeka menukar pemerintah dan tidak menukar ideologi seperti memaikai sistem pemerentahan sekular, nasionalis, makai konsep demokrasi sebulat-bulatnya ia belum merdeka lagi, ini kerana merdeka ialah merdeka keseluruhan sistem hidup dengan jalan yang Allah redha. kalau sekadar menukar mat salleh dengan melayu dengan dasar yang sama tidak ada apa-apa perbezaan pun, bahkan boleh dikatakan sebagai '' Penjajah kulit hitam tetapi berotak putih ".


Apakah penjajahan yang paling besar??

Penjajahan yang paling besar ialah penjajahan akidah dan minda. Negara kita sudah kali ke-52 Th merdeka, namun anasir-anasir penjajahan masih pekat di dalam masyarakat. Agama rasmi negarakita ialah Islam, tapi kita tidak memperaktikkan dalam perundangan secara menyeluruh.

Kita masih mengambil produk -produk barat, menggunakan sistem ekonomi barat, menggunakan sistem riba, mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat. Masih ada unsur perpecahan dan sebagainya .

kenapa terjadi sebegini?? ini kerana kita dijajah dari dalam, iaitu dari minda yang menyebabkan menteliti kita berubah. Sekiranya penjajahan berlaku dari luaran ramai yang mempunyai mata dapat melihat, tetapi disebabkan penjajahan yang dilakukan dari dalam ini lah hanya mereka yang mempunayi ilmu dan kesedaran sahaja yang mapu untuk menetangnya.

Ungkapan medeka!! merdeka !! saya merdeka ' tapi pakainya pakain penjajah, hidupnya hidup penjajah. Dan sememangnya penjajah itu masih ada dan terus berjalan dalam kehidupan kita, keluarga kita dan masyarakat kita.

Agenda Rasulullah membawa Islam sampai dihalau, dihalang, disekat, dikecam dan sebagainya, ialah bertujuan untuk membebaskan masyarakat yang jahiliyyah yang memperhambakan diri kepada selain Allah, pada masa yang sama Nabi kita ialah orang Arab dan penjajahan pun dilakukan oleh orang Arab. Jahiliyyah yang ditakrifkan oleh para ulama iaitu " masyarakat yang telah hilang dari mereka kemanusian manusia " dan merekainilah yang saling bertukar ganti zaman ke zaman.

Ini jelas penjajahan yang paling besar ialah penjajahan Aidealogi. Oleh demikian sekiranya takbir kemerdekaan telah lama kita laungkan, nyayian kemerdekaan telah lama kita hafal dan bendera Malaysia telah lama kita kibar. Satu perkara lagi yang perlu kita buat ialah, sebagaimana datuk nenek kita telah menghalau penjajah British, Jepun, Belanda, Bintang tiga, portugis dan lainya, kita perlu mengambil semangat ini untuk kita terus menyambung tradisi datuk nenek kita menentang semua sekali penjajahan yang masih berlaku bahkan lebih teruk pada hari ini.

أبــــــواب الخيـــــــــر


Friday, August 28, 2009

Kelebihan Berorganisasi






Banyak faedah dan manfaat yang boleh diambil oleh seseorang pelajar apabila ia melibatkan diri dalam gerakan pelajar antaranya :

• Melaksanakan tugas amar ma’aruf nahi mungkar.
• Memberi sumbangan yang bererti kepada masyarakat.
• Memahami selok-belok dalam berorganisasi.
• Memupuk ukhuwah dan silaturrahim serta semangat kerjasama & toleransi.
• Mempelajari pelbagai cara berinteraksi yang berkesan.
• Melatih dan membina ketokohan diri bagi memimpin.
• Melatih diri bagi menjadi seorang yang berdisiplin dan bertanggungjawab.
• Membentuk pemikiran yang proaktif, optimis serta projektif.
• Menghargai masa.



Bagi memastikan kepimpinan kolektif yang cemerlang, antara ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang bakal pemimpin ialah :


• Mempunyai akhlak yang terpuji.
• Mampu berkomunikasi dengan baik.
• Berfikiran proaktif, positif dan projektif.
• Berketrampilan dalam bidang yang diperlukan oleh organisasi.
• Berani, tabah, cekal dan mempunyai iltizam yang tinggi.
• Mempunyai pengetahuan atau pengalaman dalam mengurus organisasi.

Oleh : Ahmad Syahin Bin Mohd Amin

Wednesday, August 26, 2009

Ramadhan Bulan Bersejarah





Posting yang ringkas ini bertujuan untuk mengingatkan kita tentang sejarah sejarah yang berlaku pada bulan yang mulia ini. Bulan Ramadhan bukan sahaja terkenal dengan pusat latihan ibadat, malah ia terkenal dengan peristiwa peristiwa yang besar dalam sejarah Islam, saya menyenaraikan secara ringkas beberapa peristiwa yang besar di dalam sejarah yang berlaku pada bulan Ramadhan" Semoga bermanafaat untuk kita semua".. .

1. Bulan yang diturunkan padanya al-Kitab

Firman Allah Swt dalam Surah Al-Baqarah ayat 185.

" Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza ( antara yang hak dan yang bathil )."


2. Peristwa Badar al-Qubra

Iaitu pada hari Jumaat , 2 Ramadhan tahun kedua Hijrah berlaku perang yang pertama bagi ummat Islam iaitu Perang Badar. Peperangan ini melibatkan tentera Islam seramai 313 anggota yang berhadapan dengan 1000 anggota tentera Musrikin Mekkah yang lengkap bersenjata. Peperangan ini melibatkan Malaikat yang membantu orang yang beriman dan Iblis memberi semangat kepada orang Musrikin. Di dalam peperangan ini, tentera Islam memenangi pertempuran dengan 70 tentera musrikin terbunuh 70 tentera musrikin ditawan manakala bakinya melarikan diri. Ianya termaktub di dalam surah Ali Imran ayat 123 hingga 135, al Muajdalah ayat 22.


3. Islam membuka Kota Mekkah.

Peristiwa ini berlaku pada 10 Ramadhan tahun kelapan Hijrah. Peristiwa kemuncak ini berlaku apabila Musrikin Mekkah melanggar perjanjian Hudaibiyyah yang termeterai dengan orang Islam.


4. Peristiwa perjalanan Nabi Muhammad ke Tabuk

Rasulullah berada di Tabuk pada 26 Ramadhan tahun 9 Hijrah. Rasulullah memimpin 30,000 ummat Islam ke Madinah, ini kerana Islam tersebar ke pelusuk Tanah Arab dan, ia memberi tamparan yang hebat kepada Rom yang menjadi kuasa besar pada masa itu. lantas Herkules, Maharaja Rom Timor ( Bizantin memutuskan bagi menyekat pengaruh ummat Islam dengan menyerang utara Tanah Arab Allah menyatakan di dalam surah al-Taubah pada Ayat 42, ayat 107, 116-117.


5. Islam sampai ke Yaman

Peristiwa ini berlaku pada bulan Ramadan tahun ke-10 Hijrah. Yaman terletak di selatan semenanjung Tanah Arab. Penduduknya menerima Islam tanpa perang seperti kemasukan Islam ke wilayah-wilayah lain. Peristiwa bersejarah ini bermula pada bulan Ramadan pada tahun ke -10 Hijrah.


6. Khalid bin Al-Walid meruntuhkan Berhala al-Uzza.

Selepas ummat Islam membebaskan Kota Mekkah, Nabi Muhammad menyucikannya dengan memusnahkan 360 patung berhala di sekeliling Ka'bah, lima hari sebelum berakhirnya Ramadan tahun ke-9 Hijrah, beliau menghantar Khalid al-Walid bagi memusnahkan patung al-Uzza di Nakhla.


7. Penyerahan Badar Taif

Bandar Taif pernah mencatat sejarah apabila satu bandar penduduk Taif menghalau Rasulullah semasa berdakwah di sana. Penyerahan bandar ini berlaku apabila rombongan dari Taif datang ke Mekkah pada bulan Ramadan tahun ke-9 Hijrah dengan menyerah bandar Taif sebagai tanda menyerah kalah. kemudian mereka meminta supaya patung di Taif diruntuhkan kerana takut Syaitan yang menjaganya. Akhirnya, Patung Laata yang dipuja sebelum ini dimusnahkan.


8. Pembukaan Andalus (Sepanyol )

Andalus ialah nama Arab yang diberikan kepada wilayah-wilayah semenanjung Iberia yang diperintah oleh orang Islam selama beberapa waktu, bermula pada tahun 711 hingga 1492 masihi. Pada 28 Ramadan tahun ke-92 Hijrah, panglima Islam bernama Tariq bin Ziyad dihantar oleh pemerintah Bani Umayyah bagi menawan Andalus. Tariq memimpin tentera Islam berjumlah 7000 orang menyeberangi laut yang memisahkan Afrika dan eropah untuk membuka kota itu.


9. Peperangan Zallaqah, Portugal

Peristiwa ini berlaku selepas Subuh hari Jumaat, bulan Ramadhan tahun 459 Hijrah. ketika itu berlaku kebangkitan Dinasti Murabit di Afrika Utara . Gabenor Cordova, Al-Muktamin meminta bantuan Sultan dinasti Murabit, Yusuf bin Tasyifin bagi memerangi al-Fonso. Tentera keristien yang diketuai oleh al-Fonso kerajaaan Al-Fonso yang berjumlah 80'000 tentera yang berjaya dikalahkan. Dalam masa yang singkat Sultan Yusof berjaya menguasai seluruh Spanyol dan menyelamatkan Ummat Islam. Selepas itu Spanyol dinasti Murabit berdiri sejak 1090 hingga 1147 Masihi.


10.Tentera Islam mengalahkan tentera Monggol

Peristiwa ini berlaku pada 15 Ramadan 685 Hijrah bersamaan 1260 Masihi, angkatan tentera Islam bangkit membuat serangan balas. Tentera Islam dan para ulama'pimpinan Sulatan Qutuz dari Dinasti Mamluk, Mesir mara ke Palestin selepas Monggol menguasainya kedua-dua pihakbertemu di Ain Jalut.


11. Peperangan Yakhliz

Pada 15 Ramadan 1294 Hijrah, bala tentera Islam Dinasti Utmaniyyah yang dipimpin oleh Ahmad Mukhtar Basya dengan jumlah 34'000 anggota mengalahkan tentera Rusia yang berjumlah 740'000. seramai 10'000 tentera Rusia terbunuh dalam pertempuran itu. Ia menjadi kebanggan ummat Islam mempertahankan agama yang di ancam oleh kerajaan Tzar di Rusia. Kerajaan tentera Islam Utmaniyyah menyelamatkan ummat Islam di-asia tengah memberikan kedudukan yang hebat terhadap dunia Islam Secara keseluruhan.


12. Tertawan Garis Bar Lev, Israil

Dalam sejarah moden, berlaku Perang Yom Kippur yang melibatkan tentera Islam pakatan Mesir dan syiria dengan tentera Yahudi Israil pada 10 Ramadan 1390 Hijrah bersamaan 6 Oktober 1973. Perang Yom Kippur, juga dikenali sebgai Peperangan Arab Israil 1973, Perang Oktober dan Perang Ramadan.


Ia adalah sebahagian dripada konflik Arab- Israil sejak dari tahun 1948. Pada bulan Jun 1967, berlaku Perang Enam Hari antara Israil dengan Mesir, Syiria, Jordan . Dalam pertempuran itu Israil berjaya menduduki bukit golan, Syiria di Utara serta Semenanjung Sinai dan Bukit Golan . Pada tahun 1971, Israil memperuntukkan 500 juta doler Amarika bagi membina kubu dan kerja tanah raksaksa yang dinamai Garis Bar Lev sempena nama Jeneral Israil, Haim Ber Lev.


Israil bermegah dengan kubu Bar Lev yang didakwa ' tidak ditawan ' kerana mempunyai kekebalan dan teknologi yang canggih. Namun tentera Islam berjaya menawan kubu itu sekaligus mengalahkan Israil.


Peristiwa-peristiwa bersejarah yang saya ringkaskan di atas adalah peristiwa yang berlaku kepada ummat Islam pada bulan Ramadhan. Ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa bulan ini merupakan bulan yang penuh dengan peristiwa yang bersejarah, oleh itu marilah sama-sama kita merenung sejarah yang berlaku kepada ummt Islam pada masa silam agar kita dapat mengenali kita pada masa sekarang, adakah kita sudah mengerjakan kerja amal Islami atau belum dan kita menjadikan sejarah ini sebagai muhasabah di bulan yang mulia ini, untuk kita terus bersemangat dan istiqomah dalam mendekatkan diri kita kepada Allah Swt.

Friday, August 21, 2009

Pilihanraya kecil BN sanggup buat apa saja

Pada pilihanraya kali ini BN sanggup melakukan apa saja perkara hatta menfitnah individu-individu tertentu, perkara ini dilakukan di sebabkan BN mahu memulihkan pengaruhnya yang telah lama rosak di sebabkan banyak penyelewingan berlaku. Mereka juga ingin menunjukkan kehebatan yang ada pada mereka dengan kepimpinan yang baru yang dapat mewujudkan suatu gelombang baru dan dapat memenagi pilihanraya kecil di Permatang Pasir akan datang.

Ini kerana Pada pilihanraya-pilihanraya yang lepas jelas BN tidak lagi di percayai oleh rakyat
Oleh demikian untuk menujukkan bahawa rakyat masih lagi menyokong mereka pada pilihanraya kecil N11 Permatang Pasir, mereka sanggup mengadakan tuduhan melalui
akbar-akbar, media untuk menyerang peribadi pemimpin tertentu yang berpengaruh. Termasuk yang terbaru mereka tidak faham apa yang dinyatakan oleh tok guru dan
memutar belitkan ayat yang menyatakan bahawa tok guru mengatakan ahli amno tidak akan masuk syurga.

Sepatutnya sebelum media terutama akbar menyatakan perkara
yang demikian, mereka perlu menunjukkan bukti yang meyakinkan, termasuk video Tok guru semasa menyatakan perkara demikian. Apa yang mendukacitakan video
tersebut tidak disiarkan, malah yang ada ialah ulasan-ulasan daripada ahli BN sahaja.

Selain itu BN juga perlu berani Untuk menahan Tok Guru yang di dakwa mengeluarkan kata-kata tersebut, bukan hanya cakap kosong . ini jelas BN ketandusan modal pada pilihan raya kali ini untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada mereka dengan mencela, memaki hamun dan menfitnah tokoh-tokoh yang tertentu yang berpengaruh untuk melemahkan keyakinan rakyat.

Monday, August 17, 2009

Seruan memakmurkan Masjid Allah

Alhamdulillah kita telah selesai daripada melakukan aktiviti bergotong-royong pada hari Sabtu 8.8.09 yang dihadiri oleh sebahagian ahli Persatuan Badan Dakwah dan Masjid. Saya begitu kagum apabila melihat kerjasama di antara ahli persatuan yang begitu bersungguh -sungguh bergotong-royong membersihkan masjid pada hari tersebut. Komitmen yang telah diberikan oleh ahli persatuan tidak mempunyai maksud lain kecuali untuk melihat Masjid Kampus Ibnu Sina KIST terus-menerus menarik perhatian para mahasiswa untuk menjadikan Masjid sebagai tempat yang paling disukai.

Komitmen yang telah ditunjukkan pada gotong-royong kali ini juga merupakan tanda kerjasama antara ahli persatuan di dalam membangunkan persatuan terus terserlah. Ianya tidak lain kecuali di sebabkan tarbiah yang telah lama diterapkan sebelum ini, terutama daripada Persatuan Badan Dakwah dan Masjid yang telah banyak menganjurkan program-program yang menjadi asas yang dapat menyatukan hati-hati kita dalam melaksanakan kerja-kerja secara berjemaah.

Ingin saya ingatkan bahawa usaha kita didalam melakukan aktiviti-aktiviti seperti ini dapat menguatkan lagi semangat dan istiqomah kita untuk terus melakukan kerja-kerja kebajikan. Walaubagaimanapun keletihan, kepayahan, kecemuhan terkadang terukir di wajah kita yang bersifat lemah ini di dalam melaksanakan kebajikan dan dakwah. Sesungguhnya keletihan, kesakitan, kepahitan dan kepayahan yang kita hadapi bukanlah sia-sia bahkan ianya menjadi tanda bahawa kita bekerja untuk hari yang mendatang dan akan mendapat ganjaran yang besar daripada Allah Swt.



Di dalam al-Quran Allah Swt mengiktiraf dan memperakui bahawa orang yang sebenar-benar beriman kepada Allah dan hari akhirat ialah mereka yang memakmurkan masjidnya, Allah Swt berfirman :



إِنَّمَا يَعۡمُرُ مَسَـٰجِدَ ٱللَّهِ مَنۡ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ وَأَقَامَ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَى ٱلزَّڪَوٰةَ وَلَمۡ يَخۡشَ إِلَّا ٱللَّهَ‌ۖ فَعَسَىٰٓ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ أَن يَكُونُواْ مِنَ ٱلۡمُهۡتَدِينَ


" Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, serta tetap mendirikan shalat, emnunaikan zakat dan tidak takut (kepada sesiapapun) selain kepada Allah, Maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk. (Surah Al-Taubah Ayat 18).



Oleh demikian ahli Badan Dakwah dan Masjid perlulah bergerak dan terus bergerak membuat perubahan demi perubahan di kampus. Ingatlah bahawa ianya merupakan satu persatuan yang menjadi harapan semua. Semoga kitalah di antara mereka yang memakmurkan masjid Allah dan terus mendapat petunjuk dan orang yang betul-betul beriman kepada Allah dan hari Akhirat.

Monday, August 10, 2009

Kepentingan Kepimpinan Dan Dakwah Mahasiswa

Oleh:
Ahmad Zakir bin Mohd Amin
YDP JPP IPG Kampus Sultan Abdul Halim,
Sungai Petani, Kedah.


Mahasiswa
merupakan golongan pelajar peringkat tinggi yang menuntut di mana2 Institusi Pengajian Tinggi Tempatan mahupun swasta ataupun di luar negara dalam pelbagai ilmu.

Kepimpinan
sejenis hubungan perilaku manusia, pengaruh, daya tindakan serta penghalangnya ke arah matlamat yang tertentu dengan cara yang boleh menjamin kepatuhan, kepercayaan dan penghormatan.

Dakwah
Bahasa ~ Seruan kepada sesuatu iaitu galakkan melakuakn sesuatu.
Istilah ~ Dakwah ilaLlah, seruan supaay beriman kepada Allah s.w.t.


Risalah
Kita membawa Islam bukan untuk diri sendiri sahaja, malah memanfaatkan orang lain. Bukan sekadar Muslim biasa...!

As-Syahid Syed Qutb ketika menyatakan bahawa kita akan merasa sempit seandainya kita mengatakan bahawa perjuangan ini kitalah yang memulakan dan mengakhirkannya......
Tetapi kita tidak akan merasa sempit apabila kita yakin dan percaya bahawa kita adalah penerus kepada satu-satu perjuangan.

Bekalan buat perjalanan yang jauh..

~ cita2 yang tinggi

~ keazaman yang berpanjangan

~ persiapan mental

~persiapan rohani


Inilah saya, anda siapa?

Saya adalah seorang pengembara yang mencari kebenaran. Saya adalah manusia yang mencari erti sebenar kemanusiaan. Saya adalah seorang warganegara yang impikan sebuah negara yang dihormati, merdeka, tenteram dan hidup harmoni di bawah naungan Islam yang murni.

Saya hanyalah ibarat seorang yang memahami rahsia hidupnya. Justeru dia berseru: Sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah tuhan sekelian alam, tiada yang mempersekutuiNya. Inilah yang diperintahkan kepada saya dan saya adalah seorang yang menyerahkan diri.


INILAH SAYA, ANDA

PULA SIAPA?


Hadis Nabi yang bermaksud :

“ Hampir-hampir kamu akan dibaham umat selain kamu seumpama meratah makanan di dalam hidangan.Bangun sahabat bertanya : “ adakah bilangan kami ini sedikit wahai Rasulullah?” Jawab Baginda s.a.w, “ Bahkan bilangan kamu ramai tetapi kamu umpama buih yang dibawa arus, Allah menarik rasa gerun musuh terhadap kamu lalu mencampakkan dalam hati kamu penyakit al-wahnu’. Sahabat bertanya: “Apakah penyakit al-wahnu?”.Jawab Nabi s.a.w: “Cinta dunia dan takutkan mati …”.


Kenapa Anda (Pemuda Muslim) ?

  1. Pemuda harapan umat
  2. Pemuda agen perubahan
  3. Pemuda merupakan 7 golongan yang mendapat naungan Allah.
  4. Pemuda fokus isme & ideologi dunia.
  5. Pemuda Hari Ini Pemimpin Hari Esok


Siapakah Kita ?

¡ Great people talk about ideas.

¡ Average people talk about events.

¡ Small people talk about other people.