Wacana | al-Ijtihad al-Tanzili atau ijtihad di lapangan oleh Parti  Islam Se-Malaysia (PAS) menyertai proses demokrasi di tanah air dituduh  sebagai suatu yang tidak syar’i.
 Bahkan sebilangan pro Hizbu at-Tahrir (HT) menuduh demokrasi sendiri  adalah haram kerana tidak ada pada zaman Nabi Nabi Muhammad s.a.w.
 Walhal PAS juga mempunyai cita-cita melaksanakan keadilan Islam dalam negara moden Malaysia.
 Atas istilah yang dicipta sendiri oleh HT – iaitu ‘Tariqah  an-Nubuwwah’, mereke yang terbabit mendakwa hanya cara mereka sahaja  syar’i dalam menegak. 
 Demokrasi adalah kaedah memilih pemimpin, bukan kaedah pemerintahan  yang dalam kamus faham HT bertentangan dengan sistem khalifah.
 Dr Yusof al-Qardhawi berpendapat, bahawa demokrasi hampir-hampir  menyerupai sistem syura dan mendekati ijma’ (di kalangan ummah).
 “Sesungguhnya umat aku tidak akan sepakat atas kesesatan. Sekiranya  kamu lihat perselisihan, maka hendaklah kamu mengambil ‘as-sawad  al-’azam’…” [hadith riwayat Ibn Majah: 3949]
 as-Sindi dalam kitabnya menafsir, “Jemaah yang ramai kerana kesepakatannya lebih hampir pada ijmak…”
 al-Imam as-Suyuti pula berkata, “ia (as-sawad al-’azam) adalah  himpunan manusia dan kebanyakan yang mereka bersepakat atas melalui  jalan yang betul. Hadith ini (seperti di atas) menunjukkan bahawa  selayaknya beramal dengan dengan perkataan ‘majoriti’…” [rujuk Hasyiah  al-Sindi: 3940]
 Maka tidak hairanlah jika al-Munawi sendiri berkata, “hendaklah kamu  mengikut as-sawad al-’azam dari ahli Islam, kerana ia adalah kewajipan  yang wajib dan fardhu yang pasti, yang tidak harus menyalahinya.  Barangsiapa menyalahinya lalu mati, maka ia mati (dalam) jahiliah.”  [Faidu al-Qadir: 2/547]
 Ulama tidak mengharamkan penyertaan harakah Islam (termasuk PAS)  menyertai demokrasi (baca: proses memilih pemimpin negara) kerana tiada  satupun nas qat’i yang soheh lagi soreh melarangnya.
 Jumhur itu sebenarnya selari dengan inti hadith Rasulullah s.a.w yang  bermaksud, “Dua lebih baik dari satu. Tiga lebih baik dari dua. Empat  lebih baik dari tiga. Hendaklah kamu (hidup) dengan berjamaah kerana  kerana Allah swt tidak akan menghimpunkan umatku kecuali atas petunjuk.”  [Musnad Ahmad: 20331]
 Dari segi disiplin usul fiqh sendiri, jika ada nas yang qat’iyatu  al-wujub yang sahih lagi soreh yang membawa pada perintah (wajib  melaksanakannya) sekalipun, cara melaksanakan selama-lamanya bersifat  dzonniyyah.
 Seperti kewajipan mengadap kiblat ketika solat menjadi rukun yang wajib kerana ada nas al-Quran (2:144).
 Namun, cara melaksanakan kewajipan itu – menentukan arah qiblat – selama-lamanya adalah bersifat.
 Sedangkan, untuk melaksanakan kewajipan itu selama-lamanya dzonniyyah  – cara lain antaranya bertanya ahli setempat atau isyarat matahari atau  berfatwa dengan hati sendiri demi menentukan arah qiblat.
 HT mungkin mendakwa kaedah menentukan arah qiblat dengan menggunakan  kompas adalah salah lagi haram atas alasan dalam ‘tariqah an-nubuwwah’  (istilah yang HT cipta sendiri) tidak ada menunjukkan keharusan  menggunakan kompas.
 HT selalu menuduh al-ijtihad al-tanzili PAS menyertai demokrasi  (proses memilih kepemimpinan negara) sebagai beriman dengan proses itu.
 Tuduhan dangkal itu samalah menuduh mereka yang ,menggunakan kompas untuk menentukan arah qiblat sebagai beriman dengan kompas.
 Di sini juga boleh dipersoal, mengapa tidak HT menganggap bertanya  orang tempatan mengenai arah sebenar qiblat sebagai kita beriman kepada  orang terbabit juga?
 Kalau berfatwa dengan hati sendiri, takkan HT nak tuduh mereka yang terbabit beriman dengan hati sendiri.
 Persoalan ini sengaja dilontarkan kepada mereka yang tidak rasional  lagi tiada disiplin usul fiqh yang sihat selalu menggunakan hujah  berpartisipasi dengan demokrasi sebagai beriman dengan sistem itu.
 Kedangkalan membawa HT seakan tidak faham bahawa demokrasi dan kompas  adalah mekanisme atau kaedah menentukan sesuatu kewajipan sahaja.
 Dari segi yang lain, pendirian HT mengharamkan demokrasi serta  menganggap al-ijtihad al-tanzili PAS menyertai proses demokrasi itu  mungkin disebabkan kekeliruan pengikut pertubuhan itu – mengenai  disiplin usul dalam fiqh al-ibadah dan fiqh al-muamalah.
 Dalam fiqh ibadat, kita akan berjumpa kaedah ‘hukum asal sesuatu perkara terlarang’ sehinggalah ada nas yang membenarkannya.
 Contoh: Solat fardhu lima waktu wajib kerana ada nas, antaranya  al-Quran (4:103). Bahkan Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud,  “Solat lah sebagaimana kamu melihat aku bersolat…” (Bukhari)
 Maka, tidak boleh menambah atau mengurang dalam perkara ibadah  (contohnya solat) dan amalan yang tidak berdasarkan nas dianggap bid’ah.
 Pun begitu, dalam soal muamalah (turut melingkungi hal siyasah), disiplin usulnya tidak sama dengan disiplin dalam fiqh ibadah.
 Disiplin yang dimaksudkan adalah ‘Hukum asal sesuatu itu adalah  harus’ sehinggalah ada nas yang soheh lagi soreh yang melarangnya.
 Maka, hukum asal demokrasi adalah harus kerana tiada nas yang soreh  lagi sahih yang melarannya. Keharusan ini di bawah ketegori al-hukmu li  zatihi.
 Keharusan ini boleh bertukar kepada wajib atau haram dll disebabkan  perubahan az-zuruf (masa dan tempat) dan perubahan hukum ini di bawah  ketegori al-hukmu li ghairihi.
 Dalam konteks Malaysia sekarang, baik PAS mahupun HT masing-masing  mahu melaksanakan keadilan Islam dalam negara dan sebab itu rejim Umno  BN cuba ditolak menjelang pilihan raya umum ke-13.
 Menolak kezaliman Umno itu (11:113) atau memastikan Islam memerintah Malaysia itu wajib,
 Untuk mengambil alih pemerintahan negara hatta mengubah perlembagaan  memerlukan sokongan semua pihak, baik muslim mahupun non muslim di  Parlimen.
 PAS melihat kewajipan menyertai pilihan raya serta majoriti di  Parlimen sedangkan HT seakan tiada suatu al-ijtihad al-tanzili (ijtihad  di lapangan) untuk merealisasikan cita-cita Islam dalam beregara).
 Menentang iltizam dakwah PAS menggunakan demokrasi oleh HT bukan  sahaja membantutkan proses peralihan kuasa, bahkan memanjangkan  kezaliman Umno BN kerana tiada usaha mengambil alih tempat mereka di  Parlimen.
 Sampai tahap itu, mungkin HT akan berhujah pula bahawa kerjasama PAS  dengan DAP dan PKR pun adalah haram kerana tidak mengikut tariq  an-nubuwwah; tetapi hanya mementingkan
 Tidak perlu berhujah hal usul fiqh di sini, Rasulullah s.a.w lebih  dinamik kerana bermuafakat dengan 3 puak Yahudi dan satu puak Majusi  ketika memeterai Sahifah Madinah.
 Ertinya, pengharaman demokrasi oleh HT sama sekali tidak tepat bahkan  salah (al-hukmu li ghairihi) kerana dianggap al-ikhtilaf at-tanaqut.  Lihat entri Adakah ikhtilaf ditolak dalam Islam. http://notamerah.wordpress.com/2011/02/08/adakah-ikhtilaf-ditolak-dalam-islam/
 al-ijtihad al-tanzili PAS sertai demokrasi atau proses memilih  pemimpin bukanlah haram sebagaimana di dakwa oleh beberapa pro HT.
 Namapun al-ijtihad? Maka, maka di mana salahnya jika HT masih mendakwah tindakan PAS sertai demokrasi adalah haram?
 Wallahu ‘alam
 Zainulfaqat Yaacob
Shah Alam | 6.30 petang
 Bersambung….
http://notamerah.wordpress.com/2011/03/29/respons-saya-mengenai-dogma-hizbu-at-tahrir-haramkan-demokrasi/