Wednesday, March 9, 2011

SIFAT YANG PERLU ADA PADA PENDAKWAH

Surah Al Muddatstsir adalah sebuah surah yang terdiri daripada 56 ayat. Ia termasuk surah Makkiyah. Surah ini diturunkan selepas surah Al Muzzammil. Dinamai Al Muddatstsir (orang yang berselimut) kerana diambil dari perkataan Al Muddatstsir yang terdapat pada ayat pertama surat ini.


Surah ini mengandungi perintah Allah swt kepada Nabi saw untuk memulai da´wah. Surah ini secara langsung mengetengahkan ciri-ciri pendakwah yang menjadi pengajaran kepada kita. Antara sifat pendakwah ialah mengagungkan Allah, membersihkan pakaian, menjauhi maksiat, memberikan sesuatu dengan ikhlas dan bersabar dalam menjalankan perintah dan menjauhi larangan Allah. Firman Allah :

1. يَا أَيُّهَا الْمُدَّثِّرُ

Hai orang yang berkemul (berselimut),

2. قُمْ فَأَنذِرْ

bangunlah, lalu berilah peringatan!

3. وَرَبَّكَ فَكَبِّرْ

dan Tuhanmu agungkanlah!

4. وَثِيَابَكَ فَطَهِّرْ

dan pakaianmu bersihkanlah,

5. وَالرُّجْزَ فَاهْجُرْ

dan perbuatan dosa tinggalkanlah,

6. وَلا تَمْنُن تَسْتَكْثِرُ

dan janganlah kamu memberi (dengan maksud) memperoleh (balasan) yang lebih banyak.

7. وَلِرَبِّكَ فَاصْبِرْ

Dan untuk (memenuhi perintah) Tuhanmu, bersabarlah.


Perkara yang terkandung di dalam surah ini penting bagi dai’e untuk memperoleh keberkesanan dakwahnya. Ini kerana perkara seperi ini sering tidak diambil perhatian oleh sebahagin pendakwah zaman sekarang walaupun ia telah menggelarkan dirinya sebagai dai’e. Antara sifat daie adalah membesarkan Allah, bukan membesarkan benda lain selain Allah, antaranya diri sendiri, membersihkan pakain bukan memakai pakain yang kotor dan sebaginya, dan tidak mengharapkan habuan daripada dakwah.

Oleh : ahmad_syahin

No comments:

Post a Comment