Jika kita melihat pada zaman Orba, iaitu zaman pemerintahan Soeharto di Indonesia. Pihak pembangkang dan mengkritikan kerajaan tidak dibenarakan bermaharaja lela, parti –parti Islam menjadi tersepit kerana semuanya digabungkan dalam satu parti iaitu PPP. Menurut cerita jika menkritik kerajaan siang hari maka hilang pada waktu malam.
namun selepas suharto digulingkan dengan reformasi, parti Islam muncul seperti tumbuhnya rumput selepas hujan. lebih drp 10 parti ada yg hidup dan ada yang tinggal hanya nama dan sejarah.
Pak Natsir, selepas beliau keluar dari penjara zaman Orba, beliau banyak menumpu kepada dakwah yang lebih fleksibel, disinilah dia mula menubuhkan Dewan Da’wah Islamiyah Indonesia (DDII) 26 Februari 1967.
Ibrah untuk org malaysia. org malaysia ni asyik duduk bising pasal parti berpecah kepada 2 dll. bagiku kalau berpecah 10 dan 20 parti islam pun tak pa, asalkan laksanakan tangunggjawab sebagai pejuang islam. adapun yang tak laksana tanggungjawab akan terkubur secara automatik..
perlu dingatkan bahawa yang membagunkan umat ini bukan atas bahu parti sahaja, bahkan kesemua lapisan masyarakat. cuba lihat sebgai cth ABIM berapa bayak sekolah2 yg dia bina, JIM berapa bayak yg dia buka pusat pendidikan? dan berapa banyak sekolah swasta dan institusi2 lain dibuka bukan atas nama politik. Bukan itu saja penerangan, dakwah, pusat2 tahfiz, pusat tarbiah dan lain-lain banyak dibangunkan oleh pihak yang luar dari ahli politik.
Di indonesia pun sama, parti antara yang memberi sumbangan kepada umat, tetapi kita tidak boleh menafikan atau menutup mata terhadap sumbangan orang lain. berapa banyak sumbangan Muhammadiah, DDII, Persis, NU dan lain-lain yang dilakukan. Sebagai contoh Muhammadiah sahaja ribuan pusat penganjian yang mereka buka dari pendidikan rendah sampai universitas..
NGO dan jemaah islam lain pun banyak sumbangan yg dilakukan. jemaah lain lebih kurang sama sifatnya dengan parti lain. oleh demikian anggaplah parti lain seperti sebuah jemaah yang baru muncul selepas hujan bah.
janganlah menafikan sumbanga-sumbangan orang lain, sama ada dia parti lain, ngo lain atau mana-mana jemaah. dan janganlah merendahkan sesama islam. boleh menegur untuk membina tetapi dengan etika sesuai antara sesama islam. Jangan sekali-kali menganggap bahawa parti kita sahaja parti ahli syurga dan maksum tidak boleh dikritik. mana-mana parti pun ia boleh dikritik untuk kebaikan.
akhir kalam anggaplah parti yg ditubuhkan sebagai lengkap melengkapi, binalah ukhuwah islamiah yang kita semua belajar, jauhkan diri dari lebel-melebel, laksanakan tugas sebagai org yang diberi amanah, usah berbalah perkara-perkara kecil dan berdoalah kepada Allah supaya memberiakn kebaikan kpd umat malaysia ini.
- ini hanya pandgn pribadi tidak cenderung kpd mana2 pihak
No comments:
Post a Comment