Wednesday, March 17, 2010

ISU-ISU UTAMA PKR DI DEWAN RAKYAT 16 MAC 2010







PARLIMEN MANA NI?



DEKAT MANA NI?

SAPE NI ??

NAMPAK MACAM TAK AMAN JER ?





Isu -Isu Utama PKR Di Dewan Rakyat 16 Mac 2010


1. Nilai Pelaburan Asing terus merosot – Ketua Pembangkang

Posted on Mac 17, 2010 by Pelapor

Sesi Pertanyaan Jawab Lisan, 16 Mac 2010

Soalan 2. Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim [ Permatang Pauh ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan sejak liberalisasi beberapa perkhidmatan diumumkan Kerajaan tahun lepas, mengapa nilai pelaburan asing masih terus merosot berbanding beberapa negara jiran serta nyatakan faktor-faktor kemerosotan tersebut dan impaknya kepada ekonomi negara. [ 16 mac 2010 ]

2. Polisi Kerajaan ditangguh hasil bantahan Pakatan Rakyat

Posted on Mac 17, 2010 by Pelapor

Sesi Pertanyaan Jawab Lisan, 16 Mac 2010

– Soalan tambahan MP PAS Bachok kepada soalan asal 3. Dato’ Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI KEWANGANmenyatakan :-
(a) apakah mekanisme yang digunakan untuk pelaksanaan petrol bersubsidi berpandukan kapasiti kereta dan berapakah peruntukan yang diagihkan untuk pelaksanaan polisi ini; dan
(b) adakah pihak Kementerian sedar akan kelemahan polisi ini. Sebagai contohnya, pemandu yang meminjam kereta pemandu kereta lain akan menghadapi masalah pengisian petrol tidak bersubsidi. [16 Mac 2010 ]

3. Isu jurang pencapaian sekolah bandar/ luarbandar

Posted on Mac 17, 2010 by Pelapor

Sesi Pertanyaan Jawab Lisan, 16 Mac 2010

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [ Machang ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan bilangan sekolah dalam kategori-kategori seperti ’smart school’, sekolah kluster, sekolah premier, sekolah kawalan dan sekolah berprestasi tinggi dan apa lagi klasifikasi sekolah yang akan dilaksanakan oleh Kementerian pada masa akan datang. [ 16 Mac 2010 ]

4. Konspirasi kehilangan Enjin Jet ?

Posted on Mac 17, 2010 by Pelapor

Sesi Pertanyaan Jawab Lisan 16 Mac 2010

Soalan 6. Tuan Lim Guan Eng [ Bagan ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan hasil siasatan dalaman, SPRM dan polis ke atas kehilangan 2 enjin jet pejuang yang kemudiannya dikesan di Uruguay. Apakah kesan ke atas keselamatan alat kelengkapan tentera apabila satu lagi skandal kapal selam dibeli tidak boleh menyelam. Nyatakan kos pembelian dan kehilangan wang atas kedua-dua alat kelengkapan yang cacat ini. [ 16 Mac 2010 ]

5. Mohon Penjelasan Model Ekonomi Baru

Posted on Mac 17, 2010 by Pelapor

Sesi Pertanyaan Jawab Lisan, 16 Mac 2010

Soalan tambahan MP PAS Kuala Selangor kepada soalan asal 7. Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [ Pasir Salak ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah pinjaman perniagaan dan persendirian (business and personal loans) oleh bank-bank dan institusi-institusi kewangan yang lain dalam tempoh RMK-9 mengikut pecahan kaum dan jenis perniagaan. [ 16 Mac 2010 ]

6. Usul bincang Ketua Polis Negara ditolak, MP Pakatan Keluar Dewan

Posted on Mac 17, 2010 by Pelapor

Usul-Usul Dewan Rakyat 16 Mac 2010

1. Cadangan usul membincangkan/ membahaskan tindakan Ketua Polis Negara yang dikemukakan MP PAS Tumpat ditolak oleh Speaker

2. Menteri Dalam Negeri akan mencadangkan:-
“ Bahawa Majlis ini memerintahkan Ketua Polis Negara menjaga supaya selama Penggal Dewan Rakyat yang ada sekarang, jalan-jalan melalui lorong-lorong menuju ke Dewan ini hendaklah sentiasa terbuka dan boleh dilalui dan jangan ada apa-apa halangan menghalang ahli-ahli hendak pergi dan balik dari Dewan ini, jangan berlaku apa-apa kacau-bilau di jalan-jalan menuju ke Dewan ini, dan supaya jangan ada huru-hara di Bangunan Dewan ini dan berhampiran dengan bangunan ini, dan Setiausaha Dewan Rakyat hendaklah menyampaikan perintah ini kepada Ketua Polis Negara yang tersebut itu. “ [ 16 Mac 2010 ]

Ahmad_syahin


No comments:

Post a Comment