Saturday, November 6, 2010

Kurang Tarbiyah, Kita Menuju Kekalahan




gambar hiasan


Pada kali ini sedikit terlintas untuk mencoret sedikit pendapat berkenaan dengan tarbiyah dalam politik, memandangkan ianya penting untuk diterapkan di dalam jemaah yang terkadang memandang remeh hal seperti ini. kalau ditanya kepada kita kenapa pemimpin kita begini ? jawapanya mudah pemimpin itu tidak ada kuasa untuk menjadi pemimpin kecuali dengan kuasa rakyat yang menaikkanya, jika rakyat yang dangkal pemikiranya akan menaikkan pemimpin yang dangkal pemikiranya, rakyat yang dangkal tarbiyah agamanya akan menaikkan pemimpin yang sama seperti mereka.

Di Malaysia kebanyakan pemimpin samada dari pihak pembangkang atau dari pihak kerajaan, rakyat sudah bijak sedikit di dalam memilih pemimpin yang ada sebagai contoh pemimpin yg mereka pilih itu ada sedikit sebanyak latar pendidikan, walaupun ada di kalangan mereka yang tipis pengetahuna agamanya tetapi mereka mampu untuk membangunkan rakyat ini dari sudut material yang lain menunjukkan ada juga sumbangan mereka di dalam membangunkan negara ke arah yang lebih baik. Ini kerana rakyat telah berorientasikan pendidikan dan mereka mahukan negara dipimpin orang yang terbaik di dalam menguruskan hal-hal Negara.

Banyakkan tarbiyah daripada meminta sokongan

Jika dilihat kepada faktor kemenangan Pas, kebanyakanya berorientasikan tarbiyah Islamiyah, selain ada juga fakor-faktor lain. Kekuatan tarbiyah amat luar biasa, jika kita lihat kepada tarbiyah Rasulullah saw kepada para sahabat sehingga sahabat dapat menjalankan tugas pemerintahan dengan baik selepas kewafatan Rasulullah saw. Begitu juga kalau dilihatkan kepada Kelantan hasil daripada tarbiyahlah dapat bertahan selama 20 tahun pemerintan yang diterajui oleh Pas.

Jika dilihat kenapakah pilihan raya yang diadakan di bahagin –bahagin hulu Kelantan kemungkinan untuk Pas memenagi PR sama ada PRK atau PRU amat tipis, ini mungkin juga berfaktorkan tarbiyah yang tidak sampai kepada mereka, berbeza apabila PR diadakan di bahagian bandar –bandar yang berhampiran dengan Kota Bharu yang sebahagian besar penduduknya berpendidikan dan kemenagan mudah untuk dicapai oleh Pas.

Sebagai parti Islam yang mengamalkan demokrasi perlu banyak berhati – hati, ini kerana nenek kebayan, asli yang tidak sekolah, non muslim mereka boleh menentukan pemimpin siapa saja yang mereka mahukan. Ini adalah satu masalah yang besar kepada kita di dalam bahaya praktik demokrasi . Sekiranya rakyat bependidikan dan mempunyai tarbiyah, mereka akan dapat menilai manakah pemimpin yang sesuai untuk dijadikan pemimpin.

Maka beruntunglah bagi pemimpin yang mempunyai rakyat yang beragama dan pendidikan berbanding rakyat yang tidak memempunyai tarbiyah agama yang akan melantik sesiapa saja yang diyakin boleh mengenyangkan perut dan nafsunya tanpa memikirkan impak yang lebih besar kepada negara, agama. Sebagai contoh di Indonesia ada juga pemimpin rakyat dari kalangan pelawak dan artis yang menjadi wakil bagi rakyat, ini adalah suatu perkara yang aneh.

Cuba kita renungkan adakah rakyat yang berugama sanggup memilih pemimpin yang sebegini rupa, sedangkan ramai lagi yang layak yang belajar di dalam dan luar negara yang arif tentang undang-undang Islam , undang2 sivil, profesional dalam bidang politik. Namun apakan daya walaupun mejoriti Islamnya ramai tetapi sekadar kuantiti bukan kualiti. Apa yang saya sebutkan ini bukanlah sekadar retorik semata –mata. Kini di Indonesia terdapat juga ahli parlimen/fraksi dari kalangan artis, sebagai contoh Adjie Massaid, artis (Partai Demokrat), Primus Yustisio, artis (Partai amanat nasional).


Oleh demikian parti –parti politik yang berperinsipkan Islam mestilah peka terhadap konsep tarbiyah di dalam dakwah politiknya, bukan sekadar meniru parti-parti yang tidak perprinsipkan Islam yang kebanyakanya hanya meminta undian daripada rakyat. Tarbiyah adalah suatu kunci yang penting untuk memenangkan parti Islam, jika tidak menekankan kongsep ini, rakyat yang tidak bertarbiyah lama kelamaan tidak akan memilih kita. kata Al-Ustaz Mustafa Masyhur :





Di sana ada lagi satu penyelewengan yang boleh menjauhkan kita dari jalan yang sihat iaitu kita memandang ringan terhadap proses tarbiah, pembentukan dan perlunya beriltizam dengan ajaran Islam dalam membentuk dasar dan asas yang teguh. Lantas kita seolah-olah melatah lalu menggunakan cara dan uslub politik menurut sikap dan telatah parti-parti politik. Kita akan mudah terpedaya dengan kuantiti anggota yang kita ambil yang dianggap menguntungkan tanpa mewujudkan iltizam tarbiah. Ini adalah satu jalan dan cara yang sangat merbahaya yang tidak dipercayai akibatnya. Ini mungkin menyediakan anasir yang kukuh yang mampu memikul hasil kemenangan, kekukuhan dan kekuasaan untuk Islam.


Sebenarnya kita tidak kekurangan kuantiti, tetapi kita kekurangan kualiti. Kita kekurangan bentuk dan contoh Islan yang kuat imannya yang membulatkan dirinya untuk dakwah, rela berkorban pada jalan dakwah dan jihad fi-sabilillah dan yang sentiasa istiqamah hinggalah bertemu Tuhannya. Oleh kerana itu marilah kita beriltizam dengan tarbiah dan janganlah kita redha menukarkannya dengan cara yang lain. “

Medan, 6 november 2010


No comments:

Post a Comment