Sunday, June 19, 2011

BAHAYA BERNEGARA TANPA PERINSIP ISLAM


Syukur kepada Allah swt, kerana masih lagi memberi kesempatan untuk menulis beberapa perkara berkaitan dengan politik semasa. Dalam berpolitik kita mesti memiliki nilai –nilai kepercayaan kepada ketuhanan yang sebenar iaitu Allah swt. Disamping itu kita perlu mengajar masyarakat beriman dan melakukan amal soleh walau apa pun profesi mereka. Ini kerana sehebat manapun kita di dunia, jika kita tidak meletakkan Islam sebagai rujukan dalam segenap aspek kehidupan kita, maka kita telah lari dari ril kehidupan yang sebenar.

Timbulnya salah laku di dalam masyarakat seperti mencuri , merompak, menyamun, rasuah, membolot kekayaan negara dan banyak lagi, bukan kerana tidak ada undang-undang akan tetapi mereka tahu bahawa terkadang hukuman manusia kita boleh terlepas jika kita licik dan mempunyai helah. Maka tidak jarang kita dengar penegak undang-undang sendiri seperti polis, hakim, boleh menyelewing daripada Undang-undang. Tok Guru Nik Aziz dalam Fbnya, beliau merespon tentang “polis yang menangkap polis‘. Katanya :

“ Saya membaca muka hadapan Sinar Harian hari ini, antara lain tajuknya ialah Polis Tangkap Polis. Wallahualam, sekadar tangkapan belum tentu yang ditangkap bersalah. Tetapi pada saya, sehebat manapun peraturan di dunia, jika tidak disertai dengan keyakinan tentang syurga, neraka, dosa dan pahala ia tidak berjaya menghalang manusia melalukan kesalahan. Manusia perlu diyakinkan dengan adanya pembalasan di akhirat kelak, inilah yang merupakan pendinding daripada melakukan maksiat.”

Itu contoh kes yang berlaku di Malaysia, nasib baik dapat di tangkap. Betapa ramai yang licik yang tidak tertangkap kerana perbutannya. Di Indonesia sebagai contoh ada kes korupsi yang sehingga kini tidak dapat ditangkap pelakunya kerana berada di luar negara “ Singapura” yang tidak mempunyai perjanjian extradiksi. Mereka yang merupakan bekas Bendahara Partai Demokrat M. Nazaruddin dan istri politikus Partai Keadilan Sejahtera Adang Daradjatun, Nunun Nurbaetie, di luar negeri. Keduanya, setelah meninggalkan Indonesia, dan tidak mahu memenuhi panggilan Komisi Pemberantasan Korupsi (KPK). Dalam masa yang sama, Presiden SBY, mengatakan Indonesia sebagai negara yang menjunjung tinggi hukum. Ternyata ramai juga yang melanggar hukum.

Oleh demikian aspek kepercayaan inilah yang membezakan negara yang mengamalkan Islam dan negara yang berprinsipkan ideologi yang lain dari Islam. Islam mengajarkan supaya kita takut bertaqwa kepada Allah swt dimana sahaja kita berada, samada ada orang atau tidak, kepercayaanlah yang menyebabkan kita dapat mengawal diri dari melakukan perkara –perkara yang dilarang oleh agama. Begitu juga sebuh masyarakat , jika dibentuk dengan iman mereka akan takut untuk berbuat jenayah dan dosa.

Memamg di dalam berpolitik dan bernegara, ramai yang menjadikan Barat sebagai model mereka, terutama kerana meraka mempunyai demokrasi yang telus, sistem negara yang teratur, kerajaan yang mengamalkan kebajikan kepada rakyat dan sebagainya. Kita juga tidak menolak kepentingan itu, namun apa yang membezakan kita dari mereka ialah kita dibingkari dengan Islam dan keimanan kepada Allah swt. Sehebat manapun pemimpin kerajaan di dunia ini jika kosong dari keimanan kepada Allah swt, maka kesenangan itu adalah ujian sementara di dunia dan di akhirat mereka tidak ada tempat di sisi Allah swt. Lihatlah kepada kaum-kaum yang terdahulu yang takabur dengan kehebatanya akan tetapi mendustakan tuhan.

Ibrah Daripada Kaum Terdahulu

Mesir kuno sebagai contoh, ia adalah sebuah negara yang hebat dengan dengan tamaddun awal yang berkembang lebih 3000 th sebelum masihi. Sehingga sekarang mesir dengan kehebatan piramidnya yang dibina Firaun dikenal sebagai “ the kingdom of Thousand tawer ”. Dengan kekuatan tamaddun ini, mereka berjaya melakukan kerahan tenaga untuk digunakan memidahkan bongkah piramid dari selatan ke utara Mesir dan berat sebongkah piramid itu mncecah satu tan. Di kemuncak keagungan perkmbagn tamaddun awal Mesir purba ini akhirnya Firaun mengaku bahawa dialah tuhan yg memiliki alam ini. Kerosakan demi kerosakan dicipta dan direka , penyembahan hanyalah kpdnya. Pengorbanan yang suci ialah berkorban untuk Firaun dan Mesir sehingga bandar Ghaza , Kaherah , terkenal dengan nama The kingdom of death atau bandar kematian.

Jika kita melihat kepada kewujudan piramid agung Kufu mengandunggi 2 juta batu. Blok setiap satunya seberat satu tan. Piramid kufu merupakan satu daripada 7 keajaiban dunia yang tertua yang terakhir masih tinggal . Ia dibina pada 2580 SM, setelah menelan masa 20 th. Namun kesudahan firaun dan pembatunya tertera di firman Allah swt yang bermaksud :

“ Dan (ingatlah), ketika kami belah laut untukmu, lalu kami selamatkan kamu dan kami tenggelamkan (Fir'aun) dan pengikut-pengikutnya sedang kamu sendiri menyaksikan” . ( ayat 50 surah Al- Baqarah) .

Iaitu sewaktu Nabi Musa a.s. membawa Bani Israil ke luar dari negeri Mesir menuju Palestina dan dikejar oleh Fir'aun, mereka harus melalui laut merah sebelah Utara. Maka Tuhan memerintahkan kepada Musa memukul laut itu dengan tongkatnya. perintah itu dilaksanakan oleh Musa hingga belahlah laut itu dan terbentanglah jalan raya ditengah-tengahnya dan Musa melalui jalan itu sampai selamatlah ia dan kaumnya ke seberang. sedang Fir'aun dan pengikut-pengikutnya melalui jalan itu pula, tetapi di waktu mereka berada di tengah-tengah laut, kembalilah laut itu sebagaimana biasa, lalu tenggelamlah mereka.

Mungkin kita dapat menyebut bahwa firuan adalah kerajaan yang zalim oleh kerana itu mereka di hukum oleh Allah swt. Kita juga perlu tahu bahwa sebab firaun dimurka oleh Allah juga kerana mereka takabur dan menolak dakwah Nabi Musa AS, dan mengaku bahwa dialah tuhan yang paling tinggi. Jika hukuman tuhan tidak pernah tersentuh dan dilihat oleh kita di dunia pun kita disediakan dengan Neraka Allah swt yang lebih azab berbanding dengan azab di dunia. Bagaimanapun, kita jangan bertakabbur kerana kita tidak akan sekali-kali terlepas dari azab Allah swt.

Intinya ialah tamaddun, sains dan teknologi bukan segala-galanya jika tidak didasari dengan keimanan seperti di Negara Barat. Buktinya Allah swt telah menghancurkan kaum Add, Samud, Saba dan firaun. Mereka mempunyai tamaddun yang tinggi dan tekonologi yang hebat namun dibinasakan disebabkan mereka melanggar perintah dan tidak beriman. Al-Qur'an secara khusus menarik perhatian kita terhadap kenyataan bahwa sebagian besar dari umat terdahulu yang dihancurkan ketika mereka memiliki tingkat peradaban yang tinggi. Di dalam Al Qur'an, sifat-sifat dari kaum-kaum yang dihancurkan ditekankan sebagai berikut:

“ Dan berapa banyakkah umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka yang mereka itu lebih besar kekuatannya daripada mereka ini, maka mereka (yang telah dibinasakan itu) telah pernah menjajah di beberapa negeri. Adakah (mereka) mendapat tempat lari (dari kebinasaan)?.(QS Qaf 36).

Negara Berkebajikan Bersendikan Keimanan

Mengingat kembali penulisan ini bukan mendokong, mana-mana parti politik akan tetapi hanya sekadar ulasan secara umum. Jika kita melihat kepada negara-negara barat mereka menitik beratkan kepada demokrasi yang secara langsung adalah berkebajikan. Begitu juga negara –negara sosialis seperti cina dan lain-lain, mereka menitik beratkan kebajikan rakyat. Negara negara-negara maju seperti ini sebenarnya sudah mengalami trauma dan takut terhadap revolusi sehingga mereka beralih melibatkan rakyat untuk berpartisipasi di dalam memerintah negara, sehingga mereka dapat keluar dari sikap oteriter di dalam memerintah.

Namun tidak semestinya meraka memenuhi semua apa yang di tuntut oleh Allah swt dan yang dibawa oleh Islam, antara yang paling besar ialah mereka tidak beriman kepada Allah swt. Kebajikan yang dilakukan hanya sekadar untuk memaut hati rakyat untuk menyokongnya. Kebajikan yang dilakukan di dunia tidak akan dinilai di akhirat jika mereka tidak beriman kepada Allah swt. Kerana itu kita sebagai umat Islam mestilah mengambil jalan beriman kepada Allah swt, yang juga tergolong dalam konteks berkebajikan. Berkebajikan dalam Islam adalah luas. Antara dalil yang menyatakan kebajikan ialah firman Allah yang bermaksud :

Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan shalat, dan menunaikan zakat; dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa” (Surah Al-Baqarah ayat 177)

Wallahu a’lam..

Oleh : Ahmad Syahin






No comments:

Post a Comment