Wednesday, June 8, 2011

POLIGAMI ANTARA PRO DAN KONTRA






Isu poligami adalah isu yang menarik dibincangkan terutama bagi kaum adam, namun topik ini tidak suka didengari oleh kaum hawa. Penulisan kali ini bukanlah menyebelahi mana-mana pihak, tetapi hanya sekadar menyatakan pendapat bahwa poligami adalah suatu perkara yang bermanfaat jika ditinjau secara menyeluruh.

Poligamai di dalam Islam adalah suatu perkara yang dibolehkan, ia bukan sutu suruhan tetapi suatu perkara yang dibolehkan. Namun disana timbul inisiatif yang berlebilah yang ditimbulkan aktivis gender yang berfikiran ala barat bahawa poligami adalah suatu yang tidak adil. Saya menolak perkara ini, di dalam al-Quran jelas telah mengharuskan untuk kita berpoligami di dalam firman Allah dalam Surah Al-Nisa’.

Poligami sering menjadi perkara yang tidak disukai oleh kaum wanita, terutama masyarakat melayu nusantara. Di Indoneisia isu ini sangat sensitif terutama bagi kaum wanita. Sebagai contoh jika kita melihat kepada KH Agym , ulama yang begitu terkenal berasal dari Bandung, namun selepas beliau berpoligami pengaruh beliau semakin menurun terutama oleh kaum wanita. Begitu juga jika kita melihat kepada undang-undang di Indonesia yang tidak membenarkan poligami.

Isu ini jika kita meletakkan emosi dalam menilainya maka kita akan berat sebelah. Poligami sebenaranyaa banyak manfaatnya bahkan ia pada suatau saat akan diterima oleh golongan wanita jika ia benar-benar meneliti. Sebagai contoh jika seseorang amat benci kepada poligami kerana suaminya berkahwin lain, dia perlu ingat bahawa suaminya tidak selamanya akan hidup , meungkin satu ketika suaminya akan meninggal. Ketika suaminya meninggal dia juga berhajat kepada suami orang lain atau berkawin lain jika ia tidak mampu menjaga anak-anaknya atau hidup keseorangan. Ketika itu wanita berhajat kepada suam orang lain maka kenapa tidaknya, kita bersyukur dan meredhai saat orang lain berkongsi suami dengan kita.

Saya tertarik dengan kenyataan ustaz azhar idrus di masjid wakaf baru yang mengatakan bahwa, jika poligami ini tidak berjalan maka rosak orang perempuan. jika dilihat kepada nisbah orang perempun, kita akan mendapati nisbahnya perempuan tujuh dan lelaki tiga. dekat nak kiamat perempuan 50 lelaki seorang, oleh sebab demikianlah berlakunya zina dimana-mana. Ini adalah impak daripada kita mengamalakan monogami, kerena perempuan lebih berbanding lelaki. Ustaz azhar juga ada menyatakan bahawa jika di Kelantan lekaki hanya memiliki seorang isteri dan semua berkahwin satu sama satu, maka di Kelantan data perempun yang lebih takda suami adalah 270000 orang perempuan.

Oleh demikian, Islam adalah agama yang sangat fitrah ia lebih bertamaddun dan maju berbanding agama lain. Jika kita melihat kepada agama lain sebagai contoh hindu, Masyarakat Hindu lebih dahsyat membakar seorang isteri bersama dengan mayat suaminya jika suaminya meninggal. Ini menyebabkan bekas ketua Hakim Mahkamah Delhi, Mr. Rajindar Sachar pernah menyebut: “..Historically, Islam had been very liberal and progressive in granting property rights to women. It is a fact that there were no property rights given to Hindu women until 1956, when the Hindu Code Bill was passed, whereas Islam hand granted these rights to Muslim women over 1400 years ago”[1].

Akhirnya, apa yang perlu kita ingat bahawa selogan yang merendah-rendahkan syariat ialah selogan barat, isu-isu poligami disebut-sebut untuk merendah-rendahkan Islam. Jika kita melihat slogan `Pembebasan Wanita' dengan segala konsep yang terkandung di dalamnya adalah perkara yang telah ditekankan oleh pendeta Zuwaimar di dalam persidangan pendakwah kristian ketika beliau berkata: “Para pendakwah kristian tidak perlu putus asa apabila mereka melihat hasil daripada kerja kristianisasi mereka terhadap umat Islam adalah kurang berhasil, kerana di antara perkara yang telah dapat kita pastikan ialah kecenderungan kepada ilmu Barat dan pembebasan wanita telah subur di dalam hati umat Islam...”.

Wallahu a’lam.

Oleh : Ahmad Syahin



[1] Wahidudin Khan, Women Between Islam and Western Society, hlm 46, New Delhi, Goodword Books (2000).( sumber dari Artikel, Islam Liberal yang ditulis oleh : Dr Mohd Asri Bin Zainal Abidin.




No comments:

Post a Comment

Post a Comment