Tuesday, October 25, 2011

Awak dan Saya Adalah Berdosa

h




Awak dan Saya Adalah Berdosa

Awak dan saya adalah manusia yang mempunyai dosa , tersalah, sedikit sahaja berbuat taat kepada Allah swt. Awak dan saya adalah manusia daripada cucu Nabi Adam, ingatlah Nabi Saw Bersabda dalam hadith Sahih :

" كل بني آدم خطاء وخير الخطائين التوابون"

“ Setiap anak Adam adalah berdosa dan sebaik-baik orang yang berdosa adalah orang yang bertaubat”

Awak dan saya bukan dalam keadaan maksum daripada dosa. Nabi Saw bersabda di dalam hadith sahih :

لَوْ لَمْ تُذْنِبُوْا لَذَهَبَ اللَّهُ بِكُمْ وَلَجَاءَ بِقَوْمٍ يُذْنِبُوْنَ فَيَسْتَغْفِرُوْنَ اللَّهَ فَيَغْفِرُ لَهُمْ

“ Seandainya kalian tidak berbuat dosa, niscaya Allah akan melenyapkan kalian, dan Dia pasti akan mendatangkan suatu kaum yang berbuat dosa, lalu mereka akan memohon ampun kepada Allah, lalu Dia akan mengampuni mereka”. (HR. Muslim, no. 2749)

Awak dan saya daripada anak Nabi Adam. Ayah kita berdosa dan bersalah akan tetapi dia bertaubat , mana-mana orang yang sama dengan ayahnya maka tidaklah ia dikatakan zalim?

Awak dan saya adalah hamba yang daif , tuhan sekalian alam menyatakan tentang kedaifan kita seperti yang dia sebut dalam hadith Qudsi :

يا عبادي إنكم تخطئون في الليل والنهار وأنا أغفر الذنوب جميعا فاستغفروني أغفر لكم

“ Wahai hambaku sesungguhnya kamu tersalah pada malam dan siang dan akulah yang maha pengampun dosa kesemuanya, maka bersegeralah memohon ampun kepada ku, nescaya aku akan mengampuni dosamu”

Awak dan saya tidak selamat daripada godaan syaitan, was-wasnya, dan penipunya oleh yang demikian datuk kita Nabi Adam bertanggungjawab di atas penipuan syaitan dan kejahatanya.

Awak dan saya adalah pelaku dosa dan kejahatan’ maka lihatlah apakah penyelesainya dan jalan keluar daripada perkara ini? dan perhatilah apakah ubat kepada kelemahan kita dan kesalahan kita ?


Jalan keluar dan ubat bagi perkara ini :

1. Jangan berputus asa dengan rahmat Allah dan berita gembira dengan sifat keampunnan Allah Swt :

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنفُسِهِمْ لا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

“ Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu Yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana Sesungguhnya Allah mengampunkan Segala dosa; Sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”. ( Al-Zumar : 53 )

وَأَنِيبُوا إِلَى رَبِّكُمْ وَأَسْلِمُوا لَهُ مِن قَبْلِ أَن يَأْتِيَكُمُ الْعَذَابُ ثُمَّ لا تُنصَرُونَ

"Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu Dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan”.( Al-Zumar : 54 )

2. Angkat tangan mu kepada yang maha pengampun dan ketahuilah bahawa Allah adalah maha pengampun akan dosa-dosa kita.

إن ربك واسع المغفرة .

“ Sesungguhnya tuhan mu amat luas pengampunannya “

3. Menjauhkan diri daripada sebab-sebab yang menyebabkan berlakunya dosa, supaya kita tidak mengulangi melakukanya.

4. Bersedihlah di atas kesalahan dan menangis terhadap kesalahan yang kita lakukan mudah –mudahan Allah melihat air mata kita adalah benar dan memberi rahmat yang luas kepada kita.

5. Jadikan kesalahan di hadapan kita dan kebaikan kita di belakang kita , supaya kita sentiasa bersegera mendahului kebaikan dan sentiasa mencari-cari keuntungan .

6. Renunglah seketika diri kita, hisablah diri dan bertaubatlah sepertimana kata Umar Al-Kahttab : “ Hisablah diri kamu sebelum kamu di hisab”

7. Kita perlu menjadi orang yang seimbang di antara takut dan mengharap, supaya ketakutan kita dalam kehidupan kita lebih banyak daripada pengharapan kita.

8. Berhati-hati melakukan dosa secara berterusan, melakukan dosa kecil secara berterusan lama-kelamaan akan menyebabkan ianya menjadi besar, Tuhan kita menyebut tentang sifat orang bertaqwa :

وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَى مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ

“ Dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji Yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya)”. ( Ali –Imran 135 )

9. Jadikan dosa kita seperti bukit di atas kepala kita yang kita bimbang ia akan menimpa kepala kita, dan jangan jadikan dosa kita seolah-olah seekor lalat yang lalu dekat hidung kita dan ianya pergi. Sifat memandang ringan dosa adalah sifat orang-orang munafik.

10. Baca sejarah Ummat terdahulu “ Salaful Solleh” bagaimana mereka menjaga diri mereka daripada dosa .

11. Berita gembira dengan rahmat Allah dan keampunannya. Hendaklah kita berterusan beristigfar nescaya Allah menerima taubat dan mengampuninya :

وهو الذي يقبل التوبة عن عباده ويعفو عن السيئات ويعلم ما تفعلون

“ Dan Dia lah Tuhan Yang menerima taubat dari hamba-hambaNya (yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan-kejahatan (yang mereka lakukan); dan ia mengetahui akan apa Yang kamu semua kerjakan”. ( Asy Syuura 25 )

12. Kesalahan kita merupakan jalan bagi kita untuk kita mengenali diri kita yang kekurangan dan menjadi pengajaran kepada kita bahawasanya kita adalah fakir kepada tuhan yang maha kaya, serta kita tidak mampu untuk menjaga diri dari dosa kecuali dengan pertolongan Allah. Allah Swt menyeru kita :

" يا أيها الناس أنتم الفقراء إلى الله "

“ Wahai umat manusia, kamulah yang sentiasa berhajat kepada Allah (dalam Segala perkara), sedang Allah Dia lah sahaja Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji ”. (al-Faatir 15)

Kita hamba yang daif, miskin, tidak ada daya dan upaya kecuali dengan Allah Swt segala puji baginya berdolah supaya Allah menjauhi kita dari membuat dosa dan memberi keampunan atas ketelanjuran..

Ya Allah kasihanilah akan kelemahanku? dan ampunilah aku ? Sesungguhnya aku bertaubat dan mengetahui akan kesalahanku…

ربنا ظلمنا أنفسنا وإن لم تغفر لنا وترحمنا لنكونن من الخاسرين

Oleh : Ahmad Syahin


No comments:

Post a Comment