Friday, October 21, 2011

Aziz Bari Bukan Professor Kangkong


Hari ini 1,000 orang berhimpun di perkarangan Masjid Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), bagi membantah penggantungan tugas Prof Dr Abdul Aziz Bari oleh universiti itu. Melihat kepada isu ini sungguh menyedihkan.

Pembisuan terhadap ahli akademik selalu menjadi-jadi di negara ini. Penekanan terhadap ahli ilmu jika dilihat secara menyeluruh di Malaysia bukan sahaja terkena kepada Aziz Bari. Malah semua peringkat, mereka yang bekerja dengan kerajan. Sudah lama timbul pensyarah, guru, kakitangan kerajaan ditukar kerana semata-mata menyatakan kebenaran dan menyokong parti tertentu, walaupun ahli parti yang tidak aktif. Ternyata kebebasan untuk memilih masih tidak matang di negara ini. Kebebasan media, berhimpun semua dibangkulsampahkan, yang tinggal kebebasan untuk berhibur.

Ramai ilmuan di Malaysia yang menjadi penakut kerana diperkuda oleh kerajaan yang korup, bermula dengn isu tauliyah maka wujudlah JAIS, MAIS. Bahkan ia berlaku di seluruh negara. Alhamdulillah mudah-mudahan bangkit ilmuan seberani Aziz Bari, akan menjadi inspirasi kepada gologn ilmuan supaya jangan terus takut untuk menyatakan kebenaran, membuat tafsiran dan menyatakan sesuatu yang baru untuk membangunkan umat dan negara.

No comments:

Post a Comment