Tuesday, January 31, 2012

Baby Pening, Banyak Isu Semasa..





“ Setelah bayak bincang dengan beberapa orang ttg isu semasa, aku rasa nak tulis sesuatu?

“ Sekarang ini terlalu banyak isu-isu semasa, baru sahaja timbul satu isu, timbul pula isu-isu yg lain… Isu-isu yang disuarakan melibatkan semua org dari yg muda sampailah yg tua, ada yang perempuan ada yg lelaki..

“ Fb dan twitter adalah ruang untuk meluahkan semua ini. Perbahasan2 memang mcam-macam.. kadang-kadang anak –anak muda pening dengan lambakan isu ini..

“ Ishh2!!! bukan org muda sahaja lah!!! orang tua yg dah licin kepala pun,, semakin licin dengan perkara ini..

“ lalu bagaimanakah cara yang bijak untuk menangani hal ini,,, bagi aku ada beberapa point yang nak share,, :

(1) Jagn terlalu megikut arus, baca bacaan yang penting-penting berkaitan dengan agama, terutama bagi pelajar...

(2) Memilih yang paling penting isu-isu yang mahu dibincangkan atau utk dibaca,,, jika tidak membung masa..

(3) Memilih perkara yang usul (pokok) bukan furu'(cabang)...

(4) Kurangkan baca berita2 sebagai contoh kemalangan jalan raya, buang bayi dan lain2.. hal2 ini sentiasa berlaku..

(5) Fokus isi jgn dibuai dengan hurai, tetapi kpda isi yg disampaikan...


Oleh : ahli fikir

Monday, January 30, 2012

HAM dan Solusi Syiah di Malaysia





Akhir-akhir ini isu Syiah semakin menjadi-jadi, terutama apabila media seperti FB dan Blog semakin popular dalam masyarakat Malaysia. Isu ini juga mula popular apabila JAIS menagkap mereka ketika melakukan perayaan hari Asyura pada pada 29 Desember 2011.

Selain itu mereka juga berani menonjolkan diri dalam laman sosial dengan begitu mudah, bahkan ada yang tidak segan -segan membuat rakaman di youtube untuk mempromosi fahamannya kepada masyarakat umum. Di FB mereka tidak segan lagi untuk menonjolkan diri berdebat dengn Sunni dengan identiti FB yang tidak jelas. Cara mereka mencari pengaruh adalah dengan menjadi pro-kebebasan dan anti kepada kezaliman dan kongkongan HAM.

Syiah juga semakin lantang mahukan kebebasan. Mereka banyak masuk sebagai parasit dalam jemah-jemaah Islam, atau mana-mana jemaah dengan cara bertaqiyyah. Dalam masa yang sama kita janganlah mudah melatah memukul rata jemaah tersebut, tetapi perlu setakat mencantas Syiah sahaja.

Menyatakan syiah sebagai agama baru itulah yang layak bagi Syiah, akan tetapi sememagnya syiah juga tidak mahu digelarkan demikian, ini kerana ia akan membuktikan secara jelas bahawa ia adalah kelompok yang sesat, sebagaimana yang telah berlaku kepada Ahmadiah di Indonesia yang tidak mahu dikatakan sebagai ajaran agama baru.

Seeloknya untuk menentang Syiah kita sebaiknya mengatakan bahawa syiah bukan agama baru tetapi firqah yang sesat yang ingin merosakkan hak mejoriti akidah umat Islam di Malaysia. Memang dari segi percayaan Syiah memang terlalu layak dikatakan sebagai agama baru. Di zaman ini jika dikatakan agama baru maka kebebasan beragama adalah wajib diiktiraf di dunia demokrasi dan dipandang dunia sebagai menindas hak minoriti .

Kempen anti Syiah sangat perlu, ini kerana Syiah lebih berbahaya daripada UMNO, Sosialis, Sekular, apabila ada Syiah akan wujud keganasan di mana-mana. lihatlah kes di Sampang, Madura, Indonesia, pembakaran rumah dan pengusiran penduduk Syiah, yang terjadi pada 29 Desember 2011, membuka mata ramai orang.

Peristiwa itu begitu mengejutkan, karena selama ini di berbagai media massa diceritakan, bahwa ulama dan warga Sampang yang mejoritinya NU adalah orang-orang Muslim modern, tidak radikal, anti-kekerasan, dan sebagainya[1]. Jelas bagi kita walaupun ada sebahagian kecil Syiah sudah timbul isu-isu perselisihan yang teruk dengan umat Islam ASWJ.

Dimana–mana di dunia ini yang ada syiah, sememangnya mereka tidak akan dapat bersama dengn Sunni, jika bersama akan berlakulah permusuhan. Begitulah isu yang bagkit di Indonesia seperti Jemaah Ahmadiah atau Qodiani, yang akan mewujudkan kekecohan kerana ia berlandaskan kepada ideologi yang susah dileburkan kecuali dengan membayakkan dialog dan debat oleh ulama Islam.

Melawan Syiah dengan Hujjah adalah suatu keutamaan berbanding dengan menggunakan tangkapan seperti yang telah berlaku di Selangor apabila pihak bekuasa menangkap Syi’ah yang merayakan hari Asyura pada 2011 yang lalu. JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) bersama polis PDRM (Polisi Di Raja Malaysia) menyerbu sebuah markaz Syi’ah di Taman Sri Gombak, Selangor, dan menahan semua anggota ini yang sedang memperingati hari Asyura..

Sebenarnya penagkapan adalah salah satu cara, cara yang kedua ialah menangani Syiah dengan hujjah sebagaimana umat Islam menentang ideologi sesat lain seperti komunisme. Jika semata-mata tangkap, selepas itu tidak memberi penerangan kepada masyarakat, masyarakat terpinga-pinga dan kes ini, bahkan membuat populariti syiah semakin menonjol.

Cara kedua yang patut dilakukan, ialah menangani Syiah dengan hujjah sebagaimana umat Islam menentang ideologi sesat lain seperti Komunisme. Ideologi komunisme sangat bahaya tetapi seluruh umat Islam sudang mengetahu bahawa ideologi ini bahaya dan mengancam Akidah. Komunisme bahkan telah pupus di Malaysia parti PKM, begitu juga di Indonesia dipanggil partai PKI yang dkatakan antara parti komunis yang terbesar di dunia.

Menghalang pengaruh komunis mesti dengan hujjah ini kerana ia bersifat ideologi, jika kita menggunakan pendekatan kekerasan semata-mata atau dengan menggunakan tentera sebagai contoh untuk menghalang mereka, tentu sekali merekapun akan mempertahankan dengan cara kekerasan. Boleh jadi tentera pun terpaut dengn ideologi ini jika mereka jahil tentang agama Islam. Jadikan contoh bagaimana Nabi Ibrahim berberhujah dengan Raja Namrut, Musa dan Firaun sehingga mereka tidak dapat menjawab hujjah-hujjah mereka.

Jika semata-mata menggunakan kuasa adalah suatu cara yang tidak wajar yang realiti dunia sekarang yang memandang Demokrasi dan HAM. Oleh demikian kedia dua cara iaitu kuasa dan penerangan tentang bahaya syiah perlu diselaraskan. Kita memuji pada 9 Maret 2011 selepas perbincangandi Parlimen Malaysia, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Jamil Khir, menyatakan, bahwa tindakan pemerintah terhadap Syiah mengacu pada keputusan Jawatan Kuasa Fatwa Kebangsaan pada 1996 dan undang-undang pengharaman Syiah sebelumnya[2].

Tetapi jika setakat tangkapan tanpa penjelasan kepada masyarakat menunjukkan kita terlalu lemah, malu negara yang penuh dengan mufti bagi setiap negeri, Majlis Agama Islam, Jabatan Agama Islam, Menteri Agama, YADIM, IKIM, NGO-NGO lain yang mengatakan bahwa jemaahnya adalah jemaah Islam, mempunyai siaran TV. Malu jika tidak mampu melawan Syiah yang hanya segelintir sahaja, demikian juga Kristianisasi dan lain-lain.

Alangkah malunya jika banyak disebut beribu orang memeluk Kristien kerana ada kristianisasi. Ini menunjukkan kekalahan kita berlawan dengan mereka. Ini adalah kelemahan kita, tetapi sebahagian orang meletakkan kelemahan ini kepada orang lain. Kelemahan kita terlalu bayak antaranya kelemahan sistem zakat bagi beberapa negeri yang payah untuk dapat, bayak borang itu-ini perlu diisi. Padahal, yang sepatutnya pejabat zakat perlu mencari orang yang berhak menerima zakat.

Akhir kata, menyatakan syiah perlu diberi kebebasan adalah tidak wajar, bahkan akta telahpun diputuskan bahawa hanya ASWJ sahaja yang boleh diamalkan di Malaysia. Tidak wajar, kurang masak dan liberal jika kita mengukur sesuatu dengan kaca mata HAM. Kita umat Islam perlu memikirkan dari sudut akidah dan kemaslahatan dahulu sebelum mengukur dengan kayu ukur demokrasi. Wallahu a’lam


Oleh : Ahmad Syahin


Sunday, January 29, 2012

PRU 13, Parti Perlu Berubah..



HALATUJU POLITIK SEMASA: AMBANG PRU13
Tajuk: Calon Pilihan Rakyat
Pembentang: Ustaz Azhar Abdullah KIAS
Pengulas: Hj. wan azman wan ismail

SABTU 28 JAN 2012

Resolusi Hasil Perbincangan Selepas Dialog :

  1. Setuju kertas kerja yang dibentangkan Ustaz Azhar pada perinsip dan dasar.
  2. Merakyatkan proses pemilihan calon dengan mengambil kira suara mejoriti rakyat yang pelbagai.
  3. Calon yang menang mesti mengisytiharkan harta secara berkala.
  4. Parti menyediakan makanisme laporan prestasi wakil rakyat secara umum.
  5. Menghadkan tempoh wakil rakyat 2 penggal berturut-turut.
  6. Perundangan bagi mengatasi isu lompat parti bagi calon yang menang.


Oleh: Ahmad Syahin



Thursday, January 26, 2012

Mencari ‘Sokongan Sejarah’ Terhadap Kesudahan Sunni – Syiah





Taburan Muslim Sunni dan Syiah di Seluruh Dunia – sumber: Wikipedia

Adalah sukar untuk dicari kesepakatan terhadap penentuan tarikh mula munculnya gerakan Syiah. Ia berpunca daripada perbezaan pandangan pelbagai pihak di dalam menentukan pengasas atau pencetus kepada gerakan itu sendiri. Kontroversi yang membabitkan Syiah terus diperbaharui zaman berzaman dan ia berlanjutan hingga kepada era pasca Revolusi Iran yang menjadi suatu lagi batu tanda di sepanjang lebuh perjalanan sejarah Syiah. Apakah sebenarnya status hubungan masyarakat dunia dengan Syiah? Persoalan ini tidak hanya membabitkan keperluan semasa, malah penting untuk menjadi asas kepada ramalan terhadap masa depan tamadun insan, khususnya di persekitaran Timur Tengah sebagai “˜pusat dunia”™.

Justeru itu, wajarlah persoalan ini digarap dengan bekalan sejarah kerana di situlah akan terserlah skrip sebenar kepada realiti pertembungan di antara Syiah dan Ahli Sunnah wa al-Jamaah.

ERA ABDULLAH BIN SABA”™

Abdullah bin Saba”™ atau juga dikenali sebagai Ibn Sawda”™ adalah seorang Yahudi dari San”™a di Yaman yang telah menzahirkan keislamannya di zaman Uthman bin Affan RA. Beliau adalah watak yang paling utama memainkan peranan menimbulkan kehuru-haraan di Madinah, Iraq, Syam dan Mesir secara khusus. Dakyah yang berlaku di dalam bentuk penyebaran pendapat siasah bahkan aqidah yang menyimpang, telah mencetuskan fitnah yang membawa kepada pembunuhan Saidina Uthman RA pada 18 Dzulhijjah 35H.

Ibn Sawda”™ telah menyebarkan pelbagai idea yang kontroversi di kalangan umat Islam khususnya yang berkaitan dengan penyelewengan-penyelewengan yang dinisbahkan kepada Uthman bin Affan. Gerakannya telah mencetuskan pemberontakan di empat penjuru tanah air umat Islam. Malah Abu Dzar al-Ghifari RA juga telah dihasut supaya bangkit mempertikaikan siasah Muawiyah bin Abi Sufian RA sebagai Gabenor di Syam di dalam soal pentadbiran Baitulmal.

Beliau juga telah mempopularkan idea kelayakan Saidina Ali RA sebagai pengisi jawatan Khalifah selepas kewafatan Rasulullah SAW dengan apa yang diistilahkan sebagai wasiat Rasulullah SAW. Abdullah bin Saba”™ juga menjadi orang pertama yang secara terang-terangan mencela Abu Bakr, Umar, Uthman dan sekalian sahabat. Hal ini diakui sendiri oleh ilmuan Syiah seperti Saad bin Abdullah al-Qummi di dalam al-Maqalaat wa al-Firaq. Tidak terhenti setakat itu, kepercayaan karut tentang kebangkitan semula Rasulullah SAW dan pelbagai fahaman yang kemudiannya menjadi usul teras golongan Syiah, telah dipelopori oleh Abdullah bin Saba”™

Inilah puncanya mengapa ramai pihak yang sudah tidak lagi mampu untuk menyembunyikan kecelaan sejarah Abdullah bin Saba”™, cuba untuk menanamkan prasangka bahawa beliau tidak wujud secara pasti di dalam sejarah. Idea yang tidak berasas ini didokong oleh sekumpulan Orientalis dan pengkaji Arab serta ramai dari kalangan Syiah semasa (Dr. Muhammad Amahzun, Tahqiq Mawaqif as-Sahabah fi al-Fitnah min Riwaayaat al-Imam at-Thabari wa al-Muhadditheen, Maktabah al-Kauthar, Riyadh, 1994).

Hal ini mustahil dapat diterima akal kerana penyebutan kisah Abdullah bin Saba”™ bukan hanya terdapat di dalam satu atau dua karangan ilmuan Ahli Sunnah wa al-Jamaah seperti Tarikh al-Imam at-Thabari malah ia turut disebut secara meluas di dalam sejumlah besar tulisan ulama pelbagai zaman, sama ada oleh Ahli Sunnah mahu pun Syiah sendiri. Tegasnya, Abdullah bin Saba”™ adalah merupakan pelopor dan pengasas kepada timbulnya krisis di antara pengikut ajaran Islam sebenar dengan kumpulan Syiah yang berlarutan hingga ke hari ini.

Kerugian yang menimpa umat Islam di dalam peperangan Jamal dan Siffin, pembunuhan Ali RA, anakandanya Husain RA dan pelbagai lagi siri perang dalaman yang tercetus semenjak kematian Uthman bin Affan RA, adalah hasil suntikan fitnah yang dipelopori oleh seorang penjenayah bernama Abdullah bin Saba”™.

ERA KHILAFAH BANI UMAYYAH

Muawiyah bin Abi Sufyan RA telah mengambil alih kepimpinan Islam selepas pembunuhan Ali RA dan berundurnya Hasan RA dari memangku jawatan yang ditinggalkan oleh ayahandanya. Kesatuan umat Islam telah dapat dihasilkan, namun kewujudan kelompok yang mendukung idea Ibn Saba”™ terus wujud dan sentiasa menjadi api di dalam sekam. Sikap keras lagi tegas Muawiyah dan para Khalifah Bani Umayyah terhadap golongan Syiah ini menjadikan mereka terpinggir dari arus perdana untuk beberapa ketika.

Analisa terhadap punca yang membawa kepada kejatuhan pemerintahan Bani Umayyah memperlihatkan sekurang-kurang empat kelompok musuh. Mereka adalah penduduk Arab berketurunan Yaman yang tinggal di Khurasan, golongan Mawali (bukan Arab) yang juga berpusat di sekitar Khurasan, kelompok Syiah yang sentiasa berdendam dengan Bani Umayyah, dan golongan keempat adalah terdiri daripada mereka yang menzahirkan diri sebagai Muslim tetapi masih berdendam terhadap Islam serta terus berpegang dengan fahaman pra Islam seperti Rawandiyyah dan sebagainya.

Namun, penglibatan Syiah di dalam propaganda Revolusi Abbasiyyah adalah faktor terpenting ke arah tumbangnya Khilafah Bani Umayyah.

Muhammad bin Ali telah mewarisi gerakan Revolusi Abbasiyyah yang diasaskan oleh Ali bin Abdullah bin Abbas bin Abd al-Muttalib. Muhammad bin Ali menyokong perjuangan Abu Hasyim bin Muhammad bin Ali al-Hanafiah yang merupakan seorang Imam Syiah. Ketika Abu Hasyim di ambang kematiannya, beliau telah mewasiatkan supaya Muhammad bin Ali mengambil alih tempatnya sebagai Imam dan semenjak itulah beliau mengepalai gerakan Hasyimiah atau Abbasiyyah.

Selepas kematian Imam Muhammad bin Ali pada tahun 125H, berlaku peralihan kepimpinan Revolusi Abbasiyyah hinggalah ke tangan Abu Muslim al-Khurasani yang melancarkan Revolusi Abbasiyyah secara terbuka. Pada masa itu nama Imam Ibrahim yang menggantikan tempat ayahandanya Imam Muhammad bin Ali masih dirahsiakan. Apabila rahsia ini terdedah, Imam Ibrahim telah ditangkap dan dibunuh di Harran (132H) dan beliau telah mewasiatkan supaya saudaranya Abu al-Abbas as-Saffah menggantikan tempatnya sebagai Imam. Walaupun mendapat tentangan daripada Abu Salamah al-Khallal, akhirnya calon yang disokong oleh keluarga Abbas dan Syiah iaitu Abu al-Abbas as-Saffah telah terpilih. Berhasillah kehendak Syiah di masa itu dan akhirnya kepimpinan ummah beralih daripada Bani Umayyah kepada Abu al-Abbas as-Saffah yang mengasaskan Kerajaan Abbasiyyah (132H).

ERA KERAJAAN ABBASIYYAH

Walaupun kerajaan Abbasiyyah itu tertegak atas kehendak dan maslahah golongan Syiah, mereka masih mengekalkan sikap pragmatik dan hanya berpihak kepada kuasa yang boleh memenuhi kemahuan mereka semata-mata.

Perpecahan yang serius di antara bangsa-bangsa Muslim mengundang kelemahan yang membunuh kerajaan Abbasiyyah. Namun, kemunculan Hulagu, cucu kepada Genghiz Khan ke Baghdad adalah peristiwa yang paling bersejarah. Di zaman Bani Buwaih, mazhab Khilafah Abbasiyyah adalah Syiah. Namun selepas berpindah kepada Seljuk, mazhab kerajaan kembali kepada Sunni. Akan tetapi, para khalifah di era penghabisan kerajaan Abbasiyyah masih terus percaya kepada tokoh-tokoh Syiah, seperti Mu”™ayyid ad-Deen bin al-Alqami. Atas perbalahan yang berlaku di antara Sunni dan Syiah, Mu”™ayyid telah menjemput Hulagu mengisi cita-citanya menawan Baghdad. Beliau yang sepatutnya menjalankan tugas mewakili Khalifah untuk berbincang dengan Hulagu, telah berpaling tadah dan seterusnya membuka laluan kepada Hulagu menyerang Baghdad hingga ke akar umbi pada tahun 656H. Ibn Kathir meriwayatkan bahawa, 1,800,000 penduduk Baghdad telah terbunuh di tangan Hulagu dan tenteranya. Suatu insiden yang hitam di dalam sejarah kemanusiaan.

ERA PRA FATIMIYYAH DAN AYYUBIYYAH

Kerajaan Fatimiyyah yang bermazhab Syiah merupakan kerajaan kecil pertama yang mengisytiharkan ketuanya sebagai Khalifah yang bebas merdeka daripada pemerintahan Abbasiyyah. Walaupun kerajaan Fatimiyyah mempunyai sumbangannya yang banyak terutamanya kepada aspek pembangunan tamadun material Islam, namun era tersebutlah yang menyaksikan berleluasanya penyebaran fahaman dan amalan syiah yang khurafat, sehinggalah ia ditamatkan dengan kejayaan Salahuddin al-Ayyubi memimpin Mesir dan membawanya kembali kepada mazhab Sunni di bawah kepimpinan Kerajaan Abbasiyyah (567H).

ERA OTHMANIYYAH

Selepas kejatuhan Baghdad pada tahun 656H / 1258M, kepimpinan umat Islam telah diambil alih oleh Khilafah Turki Othmaniyyah yang diasaskan pada tahun 1299M. Ketika pemerintahan Othmaniyyah berada di kemuncak kegemilangan mereka, wilayah Parsi telah menyaksikan kemunculan kerajaan Syiah Safavid yang diasaskan oleh Shah Ismail I pada tahun 1500. Buat kali pertamanya, tanah air Parsi telah diisytiharkan secara rasmi menganut fahaman Syiah sebagai mazhab rasmi.

Sejarah telah memperlihatkan sekali lagi sikap Syiah yang sentiasa memusuhi Ahli Sunnah. Kerajaan Safavid telah melancarkan propaganda menghasut penduduk wilayah Othmaniyyah di timur supaya bangkit memberontak. Malah mereka juga bekerjasama dengan Hapsburgs dari Austria untuk menentang Kerajaan Othmaniyyah. Dalam pada itu, Mesir yang ditadbir oleh kerajaan kecil Mamluki yang mengambil alih pemerintahan dari Ayyubiyyin, turut bekerjasama dengan Safavid menentang Othmaniyyah.

Sesungguhnya krisis ratusan tahun di antara Safavid Syiah di Iran terhadap Kerajaan Othmaniyyah telah banyak memberikan implikasi negatif kepada perkembangan kuasa Othmaniyyah yang mewakili Ahli Sunnah itu. Sultan Abdul Hamid II (Khalifah Daulah Othmaniyyah 1876 ““ 1908) pernah berkata, “Sesungguhnya permusuhan di antara Kerajaan Safavid (Syiah) dan Othmaniyyah (Sunni) tidaklah untuk kepentingan umat Islam bahkan untuk kemaslahatan kufur dan kaumnya”¦”

ERA PASCA OTHMANIYYAH

Di ambang kejatuhan kerajaan Othmaniyyah, perjuangan Imam Syamil di Daghistan menentang Russia turut menghadapi konspirasi golongan Syiah yang sentiasa menjadi gunting di dalam lipatan. Mereka akan sentiasa berpihak kepada kuasa yang dirasakan boleh menang dan menjamin kepentingan Syiah.

Hal ini menjadi lebih kronik selepas perjanjian Sykes-Picot ditandatangani pada 16 Mei 1916. Tanah air umat Islam yang dirampas dari Khilafah Othmaniyyah telah di”™faraidh”™kan oleh Britain dan Perancis mengikut kehendak mereka. Peta-peta sempadan negara baru dilukis dengan mengambil kira strategi yang diyakini boleh mengekalkan kelemahan umat Islam. Bangsa Kurdi sinonim dengan Salahuddin al-Ayyubi berserta rekod bersih mereka terus setia bersama kerajaan Othmaniyyah, telah ditempatkan sebagai kaum minoriti di semua negara. Sykes-Picot telah melukis peta secara bengkang bengkok supaya bangsa Kurdi menjadi kaum minoriti di Turki, Syria, Iraq, Iran dan Armenia. Ini akan melemahkan mereka dan membolehkan pengaruh mereka dibunuh.

Malah sejumlah besar penganut Syiah menjadi penduduk Iraq yang Sunni dan begitu juga, Ahli Sunnah menjadi warga Iran yang didominasi oleh Syiah. Semuanya bertujuan untuk melemahkan umat Islam sedunia.

Namun Syiah terus berkembang dengan sikap pragmatik mereka, turut memainkan peranan yang penting sehingga tercetusnya peperangan Pakistan Barat dan Pakistan Timur pada tahun 1971.

ERA REVOLUSI IRAN

Tahun 1978 / 1979 telah menyaksikan kebangkitan besar-besaran pengaruh Syiah di bawah kepimpinan Ayatullah Khomeini menjatuhkan kepimpinan diktator Shah Iran, Muhammad Reza Pahlavi. Pengisytiharan Khomeini terhadap penubuhan Republik Islam Iran bagi menggantikan kerajaan Shah Iran, dilihat oleh dunia sebagai pencetusan suatu momentum besar terhadap kebangkitan semula kuasa Islam di dunia.

Namun, penelitian yang dibuat terhadap Republik Islam Iran telah memperlihatkan realiti yang berbeza. Ia adalah sebuah kebangkitan yang amat khusus mewakili kelompok Syiah Imamiah semata-mata tanpa sebarang perkongsian visi dan misi dengan Sunni.

Al-Marhum Said Hawwa yang memimpin gerakan Islam di Syria telah berkunjung ke Iran untuk bertemu sendiri dengan Khomeini dan meneliti sejauh mana Khomeini serius di dalam usahanya membebaskan bumi Palestin yang terjajah. Akan tetapi, hakikatnya adalah sangat mengejutkan. Bagi Said Hawwa, Khomeini dan Revolusinya itu, hanyalah lanjutan kepada makar Syiah yang dusta. Sekembalinya beliau dari Iran, Said Hawwa telah menulis sebuah makalah bertajuk al-Khomeiniyyah ““ Syudzuz fi Al-”˜Aqaid wa Al-Mawaqif (Khomeinisma: Keganjilan Pada Aqidah dan Pendirian Politik). Khomeini telah melanjutkan celaan Syiah terhadap para Sahabat malah peminggiran secara berpelembagaan terhadap ajaran Ahli Sunnah dan identiti selain Syiah telah dilakukan secara terang-terangan.

Said Hawwa telah menghuraikan dengan terpeinci segala perkembangan semasa golongan Syiah pasca Revolusi Iran di tanah air umat Islam. Hakikat Hizbullah dan Harakah Al-Amal, perkembangan di Lubnan, Syria, Turki, Pakistan dan India, pemisahan Pakistan Timur (Bangladesh), bahkan mengunjur hingga ke Afrika, semuanya menggambarkan siapakah sebenarnya pendukung Khomeinisma dan apakah hakikat mereka. Catatan paling hitam peperangan Iran ““ Iraq telah meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada kekuatan umat di rantau berkenaan.

Beliau juga menjelaskan tentang kerjasama-kerjasama sulit Iran dengan negara-negara seperti Libya, Lubnan, bahkan dengan Israel dan Soviet Union. Said Hawwa menekankan tentang lawatan berterusan wakil-wakil kerajaan Soviet Union ke Iran yang mana semua itu bercanggah sama sekali dengan laungan-laungan Khomeini di era Revolusi Iran yang diperjuangkannya.

Kekayaan umat Islam terbuang semata-mata untuk menghadapi gejala ini, bahkan kebangkitan Umat Islam juga mengalami kerugian akibat penglibatan Syiah di dalam gelanggang kebangkitan umat. Anasir-anasir kekuatan umat Islam banyak dipengaruhi Syiah lantas kelebihan itu tersalur ke arah yang bukan membawa kepada matlamat sebenar perjuangan umat, bahkan ke arah kepentingan Syiah semata-mata. Penampilan proses perlaksanaan Islam yang salah berlaku di Iran, apabila perlembagaan Iran mengaktakan mazhab sebagai dasar negara.

Jika sebahagian Syiah bersikap melampau di dalam prinsip taqiyyah (berpura-pura) mereka, kini di era Khomeini dan Revolusi Iran, taqiyyah itu menjangkau kepada penglibatan senjata api. Di suatu masa, Khomeini melaungkan penentangannya terhadap penguasaan Yahudi di Palestin tetapi di dalam masa yang sama, mengadakan kerjasama sulit dengan pihak musuh itu dan memberikan kemaslahatan kepada mereka.

PERTEMBUNGAN DI MASA HADAPAN

Sikap luar biasa Syiah yang memperlihatkan kecurigaan di sepanjang zaman tidak memungkinkan kita untuk meletakkan sebarang harapan dan simpati. Malah perkembangan di Iraq pasca serangan Bush dan penggantungan Saddam, mendedahkan kepada kita betapa lunaknya Syiah dengan sebarang peluang yang membolehkan mereka berkuasa, walaupun di atas kebinasaan orang lain.

Hal ini bakal menyulitkan lagi usaha untuk tidak mengaitkan Iran dengan fitnah umat Islam di akhir zaman kerana hadith ke 2944 di dalam Sahih Muslim menjelaskan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Dajjal itu akan keluar dengan diikuti bersamanya Yahudi dari Esfahan (sebuah wilayah di Iran) seramai 70 ribu, mereka itu memakai Tayalisah (jubah-jubah yang besar)”.

Apakah kesudahan pengkhianatan Syiah terhadap Ahli Sunnah? Semuanya di dalam pengetahuan Allah. Namun, untuk melihat mereka sebagai sandaran harap, tiada catatan sejarah yang menyokong, malah apa yang berlaku adalah sentiasa sebaliknya.

Semoga Allah menyelamatkan kita semua daripada kekeliruan di zaman yang serba mencabar ini.

ABU SAIF




Wednesday, January 25, 2012

Monday, January 23, 2012

Coretan Santai Selepas Hassan Ali Dipecat...





Mengenai Dr Hasan Mohamed Ali yg digugurkan sebagai exco kerajaan negeri selangor dan dipecat sebagai ahli PAS pada 8 januari.. aku cuba memberi beberapa coretan selepas melihat pro-kontara yg tak habis2.

walaupun aku tak setuju dgn beberpa pdagn Hassan Ali tapi aku tetap hormat beliau, sbb byak smbagan beliau jgn kutuk sana sini, setiap tokoh ada sumbgn masing2.. begitu juga pihak yg memecat keahlian beliau.. apa pun beberapa perkara yng perlu menjadi koreksi utk kita:

(1) yg pting bejuang Islam tidak semestinya dalam PAS takda parti pun takda masalah.. politik tidak semestinya berparti..

(2) sesiapa pun jgn sekali2 menampilkan wajah Islam yang jumud kpd org bukan Islam sbb Islam meraikan semua bangsa dan agama dalam negara, Allah tidak melarang utk kita berlaku adil kepada org non-muslim.. rujuk firman Allah dalam (Surah Al-Mumtahanah:8),..

(3) sebelum mencari kesalahan org non-muslim kena cari kesalahan kita orang Islam dulu betapa byak institusi Islam, apa mereka buat? mana kerja dakwah mereka? tiba2 ada murtad beratus ribu, menyalahkah kristianisasi.. yang paling diutamakan menyalahkan institusi Islam byak yang teruk, dgn isu tauliah, media, pengurusan zakat, betapa ramai yg keluar dri pendidikan Islam setiap tahun apa yg dimana mereka?.. apa pun, kesalahan diri jgn diletak pda org lain..

(4) berhenti mencaci agama lain, takut dia akan mencaci kita balik baca surah Al-An'am: 108, yang perlu dilakukan kuatkan dakwah Islam..

(5) kena memahami betul2 fiqh siyasah.. politik adalah seni.. orang yg berfikiran hitam putih dan tidak berseni jgn masuk dlm gelanggang politik..

(6) utamakan dakwah kepada non-muslim, kerana Islam datang untuk semua bangsa dan menjadikan bangsa2 ini bersatu dibawah Islam, bukan bersatu di bawah Melayu, UMNO dll.. Nabi saw tidak bawa Melayu atau Arab..

(7) bagi pihak lain yang dikritik perlu kuat lagi pertahan perlembagaan negara terutama Islam, raja, hak bumi putra melayu, terima kritikan dgn berlapan dada..

terbuka utk wacana,

wallahua'lam..

Saturday, January 21, 2012

John L.Esposito : Kemenangan Salafi Sangat Mengejutkan


Dalam sebuah wawancara Ezzat Ibrahim dengan John L. Esposito, seorang sarjana Amerika terkemuka dibidang penelitian Islam, dan Esposito meneliti akibat revolusi di Dunia Arab dan bangkitnya kaum Islamis di Mesir dan Tunisia. Dibawah ini bagian wawancara dengannya:

Ezzat Ibarahim : Apa yang sedang Anda perhatikan dari hasil pemilihan parlemen Mesir?

John L. Esposito : Dalam beberapa hal, saya pikir, seperti yang diperkirakan banyak kalangan, Ikhwanul Muslimin tidak terlalu besar mendapat dukungan politik dari pemilih, dan ini mempunyai berbagai alasan. Anda tidak memiliki sistem multi-partai yang kuat, dan di Mesir sistem multi partai merupakan pertama dalam sejarah politik di negeri ini.

Saya menulis sebelumnya tentang Tunisia dan Mesir. Para Islamis diharapkan mendapatkan sekitar 40 persen suara. Namun, yang sangat mengejutkan banyak orang munculnya Salafi, yang sebelumnya relatif belum dikenal dalam panggung politik. Tetapi sekarang mendapat dukungan politik yang sangat besar dalam pemilihan parlemen, ini sesuatu yang sangat mengejutkan.

Saya berpikir dengan munculnya Salafi, kami telah melihat mereka berhasil secara politik. Di mana di Mesir kaum Islamis itu selalu dikaitkan dengan Ikhwanul Muslimin. Sekarang Salafi telah memasuki politik dan Partai Nour telah mendapatkan dukungan dalam pemilihan, dan ini menjadi saingan baru bagi Ikhwan.

Saya berpikir akan lebih banyak pertanyaan kepada Partai Nour dibandingkan Ikhwan. Karena kedua gerakan ini memiliki track record yang lebih lama. Bagaimana platform mereka? Terutama berkaitan dengan sejumlah isu. Misalnya, pandangan kaum Salafi yang menyerukan penerapan Hukum Syariah.

Partai Nour telah mencoba menyajikan platform yang lebih akomodatif. Beberapa pengamat mengatakan bahwa ada kontradiksi antara posisi baru yang diambil Partai Nour, yang menampung aspirasi berbagai kepentingan yang berbeda dengan tujuan Partai Nour. Seperti kalangan Koptik. Saya pikir peran Salafi di Mesir akan berbeda dengan Tunisia. Di mana Anda tidak memiliki fenomena ini sama sekali.

Ezzat Ibrahim : Gerakan Salafi adalah fenomena baru di panggung politik. Apakah ini menunjukkan bentuk keberhasilan pemikiran Wahabi yang sudah berakar dikalangan rakyat Mesir?

John L. Esposito : Berbicara tentang Salafi, merupakan ungkapan kata yang sulit, karena istilah salafi berarti banyak hal yang berbeda. Arti yang paling dasar selalu dikaitkan dengan para pengikut awal atau generasi sahabat Nabi. Kemudian, pada abad akhir ke-19 sampai abad ke-20, Anda melihat tokoh pembaharu besar dalam Islam Muhammad Abduh, yang juga disebut sebagai bagian tokoh gerakan Salafi.

Baru-baru ini, istilah Salafi cenderung diterapkan kepada orang-orang yang saya sebut ultra-konservatif, dan itu akan digunakan pada pengikut Wahabi. Saya berpikir bahwa ada sesuatu yang sama dengan Salafi Saudi dan Salafi di Teluk. Karena gerakan Salafi meluas di banyak dunia Muslim, termasuk negara-negara Teluk.

Gerakan Wahabi adalah berkaitan erat dengan fenomena di Saudi yang mendukung Salafi. Di manapun menemukan mereka. Namun, Salafi di negara Arab Saudi mencerminkan realitas yang berbeda dari negara-negara mereka. Hanya saja kebanyakan di Saudi mereka menjadi pendukung kerajaan dan raja.

Namun, ada dua perbedaan penting yang sering saya buat. Beberapa Salafi cenderung menolak berpolitik. Mereka sangat konservatif, sangat banyak pengikutnya menjadi Islam ortodoks (ushuliyyun). Mereka menolak berpolitik. Seperti Salafi di Mesir ketika di bawah Mubarak, karena penindasan politikk, mereka menolak ikut dalam berpolitik.

Lalu ada Salafi lain yang bersifat politis, dan ada jenis ketiga yang saya sebut Salafi militan, dan saya pikir semua kelompok-kelompok ini harus dibedakan satu sama lain. Para Salafi militan orang kadang-kadang menyebut sebagai Salafi jihadis, mereka terlibat dalam kekerasan (gerakan jihad). Kelompok ini, mereka menolak ikut dalam politik, dan memandang partai politik sebagai bid'ah.

Para Salafi politik percaya bahwa mereka memiliki visi yang benar yang bersumber dari ajaran Islam. Versi mereka agama adalah politik salah satu bagian dari ajaran agama, dan menjadi tempat mereka berlatih mengelola masyarakat dan negara. Mereka berusaha merealisasikan ajaran Islam dalam kehidupan pribadi dan masyarakat. Selain itu, mereka bekerja untuk melaksanakan visi ini dalam masyarakat secara keseluruhan.

Dalam pengalaman saya, sesungguhnya mereka masih sedang merumuskan, pandangan-pandagan mereka terkait dengan aplikasi ajaran Islam, dan nampaknya masih akan terus berubah. Banyak kalangan non-Muslim dalam beberapa tahun terakhir, yang banyak dibicarakan dan didiskusikan adalah istilah Wahabi, yang dipandang sebagai semacam ancaman. Karena terkait dengan meluas pengaruh gerakan Wahabi, yang selalu dianggap sebagai ancaman dari dunia Arab, Muslim dan Usamah Bin Laden.

Lalu Salafi datang. Salafi sangat berbeda dengan pemahaman yang kita memiliki, pemahaman masalah orang-orang yang mereka wakili.

Saya mempelajari sejumlah agama. Saya awalnya belajar agama Kristen, dan saya telah melakukan penilitian tentang Islam selama 40 tahun, tapi saya juga mempelajari agama-agama lain. Apa yang mengejutkan orang di Mesir dan di luar Mesir adalah Salafi yang sekarang menjadi pemain politik dan berhasil dengan baik dalam pemilu. Di beberapa daerah mereka tidak begitu berbeda dari ikhwan, tetapi di daerah lain mereka sangat berbeda dari mereka.

Ezzat Ibrahim : Bagaimana mengakomodasi tradisi agama untuk demokrasi modern ...

John L. Esposito : Di Barat banyak kebijakan elit, dan di dunia Arab dan Muslim, mengambil gagasan bahwa demokrasi adalah model, dan semua model pembangunan berasal dari Barat.

Ketika Mesir terjajah kemudian memperoleh kemerdekaan, pemikiran seperti mendiktekan bahwa model demokrais adalah sekuler dan institusi Barat, di antaranya lembaga-lembaga politik, lembaga sosial, lembaga pendidikan, dan lainnya. Apa yang kita lihat saat ini masih seperti itu. Pertama, jika Anda melihat pengalaman Barat terjadi perbedaan besar dalam cara, bagaimana demokrasi dikembangkan di Amerika dan di Eropa.

Di Amerika, terjadi pemisahan antara gereja dan negara. Kami memiliki campuran agama dan politik. Tetapi secara kelembagaan ada pemisahan antara gereja dan negara. Di Eropa, di sisi lain, di Jerman, Inggris, dan Skandinavia, Anda terjadi campur tangan antara institusi agama dan negara.

Ini berarti kepala negara harus dibawah pengaruhagama, dan berarti bahwa negara mendukung institusi agama. Gereja semuanya menurut definisi adalah bukan apa yang tampak seperti demokrasi Amerika.

Ada banyak interpretasi dan akomodasi dari apa yang kita sebut demokrasi Barat, tergantung pada negara Barat bersangkutan. Sesungguhnya yang terjadi di negara-negara hari ini, dan kita melihat modelnya telah berubah. Jika Anda melihat dunia Islam saat ini, Anda melihat berbagai bentuk demokrasi. Misalnya, jika Anda melihat Senegal dan Malaysia, di satu sisi, dan Turki di sisi lain.

Beberapa dekade, Amerika Serikat mengatakan bahwa yang perlu dipromosikan adalah demokrasi model Turki. Tapi apa yang sebenarnya dimaksudkan di sini adalah model sekularisme Turki, yang anti-agama.

Model pengalaman Turki. Di mana sebuah negara Islam dan pemerintah mengatakan bahwa kita menganut sistem sekularisme. Terjadi pemisahan agama dan negara. Berarti ada ruang bagi orang yang menolak kepercayaan agama.

Di Turki. Anda memiliki sebuah negara Muslim dengan bentuk sekularisme. Di mana ada rasa hormat dan sensitivitas untuk agama, dan sekarang tidak ada upaya untuk meminggirkan agama.

Sebelumnya di bawah sistem sekuler di Turki. Jika Anda dilihat sebagai orang yang taat beragama, atau pergi ke sekolah agama, Anda tidak bisa mendapatkan pekerjaan sebagai dosen di universitas atau di birokrasi, militer atau negara. Semua ini sekarang berubah. (mhi) eramuslim