Monday, January 30, 2012

HAM dan Solusi Syiah di Malaysia





Akhir-akhir ini isu Syiah semakin menjadi-jadi, terutama apabila media seperti FB dan Blog semakin popular dalam masyarakat Malaysia. Isu ini juga mula popular apabila JAIS menagkap mereka ketika melakukan perayaan hari Asyura pada pada 29 Desember 2011.

Selain itu mereka juga berani menonjolkan diri dalam laman sosial dengan begitu mudah, bahkan ada yang tidak segan -segan membuat rakaman di youtube untuk mempromosi fahamannya kepada masyarakat umum. Di FB mereka tidak segan lagi untuk menonjolkan diri berdebat dengn Sunni dengan identiti FB yang tidak jelas. Cara mereka mencari pengaruh adalah dengan menjadi pro-kebebasan dan anti kepada kezaliman dan kongkongan HAM.

Syiah juga semakin lantang mahukan kebebasan. Mereka banyak masuk sebagai parasit dalam jemah-jemaah Islam, atau mana-mana jemaah dengan cara bertaqiyyah. Dalam masa yang sama kita janganlah mudah melatah memukul rata jemaah tersebut, tetapi perlu setakat mencantas Syiah sahaja.

Menyatakan syiah sebagai agama baru itulah yang layak bagi Syiah, akan tetapi sememagnya syiah juga tidak mahu digelarkan demikian, ini kerana ia akan membuktikan secara jelas bahawa ia adalah kelompok yang sesat, sebagaimana yang telah berlaku kepada Ahmadiah di Indonesia yang tidak mahu dikatakan sebagai ajaran agama baru.

Seeloknya untuk menentang Syiah kita sebaiknya mengatakan bahawa syiah bukan agama baru tetapi firqah yang sesat yang ingin merosakkan hak mejoriti akidah umat Islam di Malaysia. Memang dari segi percayaan Syiah memang terlalu layak dikatakan sebagai agama baru. Di zaman ini jika dikatakan agama baru maka kebebasan beragama adalah wajib diiktiraf di dunia demokrasi dan dipandang dunia sebagai menindas hak minoriti .

Kempen anti Syiah sangat perlu, ini kerana Syiah lebih berbahaya daripada UMNO, Sosialis, Sekular, apabila ada Syiah akan wujud keganasan di mana-mana. lihatlah kes di Sampang, Madura, Indonesia, pembakaran rumah dan pengusiran penduduk Syiah, yang terjadi pada 29 Desember 2011, membuka mata ramai orang.

Peristiwa itu begitu mengejutkan, karena selama ini di berbagai media massa diceritakan, bahwa ulama dan warga Sampang yang mejoritinya NU adalah orang-orang Muslim modern, tidak radikal, anti-kekerasan, dan sebagainya[1]. Jelas bagi kita walaupun ada sebahagian kecil Syiah sudah timbul isu-isu perselisihan yang teruk dengan umat Islam ASWJ.

Dimana–mana di dunia ini yang ada syiah, sememangnya mereka tidak akan dapat bersama dengn Sunni, jika bersama akan berlakulah permusuhan. Begitulah isu yang bagkit di Indonesia seperti Jemaah Ahmadiah atau Qodiani, yang akan mewujudkan kekecohan kerana ia berlandaskan kepada ideologi yang susah dileburkan kecuali dengan membayakkan dialog dan debat oleh ulama Islam.

Melawan Syiah dengan Hujjah adalah suatu keutamaan berbanding dengan menggunakan tangkapan seperti yang telah berlaku di Selangor apabila pihak bekuasa menangkap Syi’ah yang merayakan hari Asyura pada 2011 yang lalu. JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) bersama polis PDRM (Polisi Di Raja Malaysia) menyerbu sebuah markaz Syi’ah di Taman Sri Gombak, Selangor, dan menahan semua anggota ini yang sedang memperingati hari Asyura..

Sebenarnya penagkapan adalah salah satu cara, cara yang kedua ialah menangani Syiah dengan hujjah sebagaimana umat Islam menentang ideologi sesat lain seperti komunisme. Jika semata-mata tangkap, selepas itu tidak memberi penerangan kepada masyarakat, masyarakat terpinga-pinga dan kes ini, bahkan membuat populariti syiah semakin menonjol.

Cara kedua yang patut dilakukan, ialah menangani Syiah dengan hujjah sebagaimana umat Islam menentang ideologi sesat lain seperti Komunisme. Ideologi komunisme sangat bahaya tetapi seluruh umat Islam sudang mengetahu bahawa ideologi ini bahaya dan mengancam Akidah. Komunisme bahkan telah pupus di Malaysia parti PKM, begitu juga di Indonesia dipanggil partai PKI yang dkatakan antara parti komunis yang terbesar di dunia.

Menghalang pengaruh komunis mesti dengan hujjah ini kerana ia bersifat ideologi, jika kita menggunakan pendekatan kekerasan semata-mata atau dengan menggunakan tentera sebagai contoh untuk menghalang mereka, tentu sekali merekapun akan mempertahankan dengan cara kekerasan. Boleh jadi tentera pun terpaut dengn ideologi ini jika mereka jahil tentang agama Islam. Jadikan contoh bagaimana Nabi Ibrahim berberhujah dengan Raja Namrut, Musa dan Firaun sehingga mereka tidak dapat menjawab hujjah-hujjah mereka.

Jika semata-mata menggunakan kuasa adalah suatu cara yang tidak wajar yang realiti dunia sekarang yang memandang Demokrasi dan HAM. Oleh demikian kedia dua cara iaitu kuasa dan penerangan tentang bahaya syiah perlu diselaraskan. Kita memuji pada 9 Maret 2011 selepas perbincangandi Parlimen Malaysia, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Jamil Khir, menyatakan, bahwa tindakan pemerintah terhadap Syiah mengacu pada keputusan Jawatan Kuasa Fatwa Kebangsaan pada 1996 dan undang-undang pengharaman Syiah sebelumnya[2].

Tetapi jika setakat tangkapan tanpa penjelasan kepada masyarakat menunjukkan kita terlalu lemah, malu negara yang penuh dengan mufti bagi setiap negeri, Majlis Agama Islam, Jabatan Agama Islam, Menteri Agama, YADIM, IKIM, NGO-NGO lain yang mengatakan bahwa jemaahnya adalah jemaah Islam, mempunyai siaran TV. Malu jika tidak mampu melawan Syiah yang hanya segelintir sahaja, demikian juga Kristianisasi dan lain-lain.

Alangkah malunya jika banyak disebut beribu orang memeluk Kristien kerana ada kristianisasi. Ini menunjukkan kekalahan kita berlawan dengan mereka. Ini adalah kelemahan kita, tetapi sebahagian orang meletakkan kelemahan ini kepada orang lain. Kelemahan kita terlalu bayak antaranya kelemahan sistem zakat bagi beberapa negeri yang payah untuk dapat, bayak borang itu-ini perlu diisi. Padahal, yang sepatutnya pejabat zakat perlu mencari orang yang berhak menerima zakat.

Akhir kata, menyatakan syiah perlu diberi kebebasan adalah tidak wajar, bahkan akta telahpun diputuskan bahawa hanya ASWJ sahaja yang boleh diamalkan di Malaysia. Tidak wajar, kurang masak dan liberal jika kita mengukur sesuatu dengan kaca mata HAM. Kita umat Islam perlu memikirkan dari sudut akidah dan kemaslahatan dahulu sebelum mengukur dengan kayu ukur demokrasi. Wallahu a’lam


Oleh : Ahmad Syahin


No comments:

Post a Comment