Saturday, January 21, 2012

Aliran Ahlul Hadith Dan Politik Deobandi



Berada di Kelantan memang bertuah, negeri yang masih kaya khazanah keilmuan dan masih ramai lagi ulama. Di sini juga dapat mengenali secara dekat dengan pengajian ilmu Hadith, terutama dari Maulana-maulana yang tamat belajar di India Pakistan. Banyak perkara yang dapat dipelajari daripada mereka, terutama berkaitan ilmu hadith dan sejarah mengenai India Pakistan.




Maulana Asri antara tokoh hadith yang sangat terkenal menyatakan terdapat dua aliran pengajian Hadith di benua India, iaitu aliran Deobandi dan aliran Ahlul Hadith. Aliran Deobandi bermazhab Hanafi manakala aliran Ahlul Hadith tidak terikat dengan mazhab. Bagaimanapun keduanya banyak menyunbang kepada pengkajian Hadith dan menjadi rujukan dunia Islam.



Baru-baru ini hari isnin 16,1,2012 saya dan Akhi Hafiz Zaini sempat ziarah dan berbual panjang dengn Maulana Saari, banyak isu yang sempat kami bincangkan dengan beliau, terutama berkaitan dengan politik semasa, pengajian hadith, dan mengenai sejarah Deobandi. Antara perkara yang menarik apa yang dibincangkan ialah beliau menceritahan bagaimana perpecahan antara aliran Deobandi disebabkan politik. Perpecahan ini adalah perpecahan yang besar yang berlaku dalam sejarah Deobandi.

Di Deoband sendiri terdapat dua madrasah yang berhampiran. Satu yang madrasah hadith yang cenderung kepada politik iaitu pengikut kepada Maulana Hussin Ahmad Madani, yang juga guru kepada Tuan Guru Nik Aziz dan yang satu lagi cenderung kepada Sufi iaitu pengikut kepada Maulana Ashraf Ali Thanwi. Kedua-dua mereka adalah syeikh hadith besar. Anak murid Ashraf Ali Thanwi inilah yang kemudian berhijrah ke Pakistan dan mereka menyokong penubuhan Pakistan yang berbeza dengan Aliran Hussin Ahmad Madani yang tidak setuju dengan penubuhan negara Pakistan. Namun kedua-duanya adalah anak Murid kepada Maulana Anwar Shah Kasmiri dan kedua-duanya memberi sumbangan yang besar kepada dunia Islam.

Kita hormati keduanya, banyak lagi dalam sejarah Islam yang lain yang menunjukkan perpecahan disebabkan politik kita mudah berbeza dalam pandangan politik sebaba byak perkara dalam poltik nasnya bersifat umum dan bersifat ijtihadi. Berbeza sedikit2 ok lah.. ukhwah Islam tetap dijaga, tetapi jangan dalam bab akidah.. Wallahu a'lam..


oleh: Ahli Fikir

No comments:

Post a Comment