Saka adalah jin yang berdamping
dengan manusia. Jin ini adalah antara yang sukar untuk dirawati kerana
bilangannya terlalu ramai dan ia sebati dengan tubuh manusia. Jin saka juga
merupakan jin yang berkhidmat untuk manusia sama ada untuk melakukan rawatan atau
khidmat-khidmat lain.
Apabila ia menjadi pembantu manusia
biasanya dia akan mengikat perjanjian-perjanjian tertentu dengan manusia. Biasanya
perjanjin jin itu akan memakan masa sehingga 7 keturunan atau lebih. Jin saka
akan bersama seseorang apabila dia menggunakan khidmat jin terutama untuk
amalan seperti berikut:
1. Ilmu kebal
2. Bidan kampung
3. Ilmu penggerun
4. Ilmu seri muka
5.
Penguat nafsu
6.
Penunggu rumah
7.
Saka sedap masakan
8.
Pembedahan ghaib
9.
Penyedap suara
10.
Saka pelaris dan
sebagainya.
Apabila pembela jin ini meninggal biasanya saka akan pergi
mencari anak cucunya atau warisnya. Untuk menawarkan kelebihan-kelebihan. Jika
tiada yang mahu menerima maka saka ini kebiasaan akan menganggu dan menyakitkan
ahli kelurganya. Perjanjian yang dilakukan oleh syaitan ini sebenarnya tidak
baik bahkan memakan dan merosakkan keterunan orang tersebut.
Waspadalah kerjasama dengan Jin, terutamanya jin yang kafir,
ia adalah syaitan dan tipu daya untuk menyesatkan manusia. Jin saka pada mulanya
memang menawarkan khidmat, dalam masa yang sama ia akan membisikkan
perkara-perkara yang tidak baik dan menyusahkan seseorang melakukan ketaatan
kepada Allah swt. Jin ini juga akan menyiksa tuanya disaat kematian bahkan
menghalang untuk tuannya untuk mengucap dua kalimah syahadah disaat sakratul
maut. Di dalam Al-Quran sudah terdapat petunjuk bahawa jin menambah bagi
manusia kesesatan, firman Allah,
وَأَنَّهُ كَانَ رِجَالٌ مِنَ الإنْسِ يَعُوذُونَ بِرِجَالٍ مِنَ الْجِنِّ فَزَادُوهُمْ رَهَقًا
“Dan
bahwasanya ada beberapa orang laki-laki di antara manusia meminta perlindungan
kepada beberapa laki-laki di antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka
dosa dan kesalahan”( Surah Al-Jin: 6)
Jin saka juga jika dirawat dia akan mengaku bahawa ia telah
terikat dengan perjanjian dengan nenek moyang, bahkan ada jin saka yang mengaku
bahawa orang yang menjadi mangsa tersebut adalah anaknya. Bolehkah itu terjadi?
Jawabnya boleh. Syaitan disebutkan dalam Al-Quran boleh berkongsi anak, harta dan
boleh membuat perjanjian dengan manusia.
Pengalaman saya sendiri ketika meruqyah pesakit 'jin saka mengaku bahawa
pesakit itu adalah anaknya. Syaitan juga boleh mengaku bahwa harta kita pun
hartanya sama, sebagai contoh rumah yang didiami oleh jin atau kebuh yang
berpenunggu. Kesemuanya ada disebutkan dalam Al-Quran,
وَشَارِكْهُمْ فِي الأمْوَالِ وَالأولادِ وَعِدْهُمْ وَمَا يَعِدُهُمُ الشَّيْطَانُ إِلا غُرُورًا
"Dan berkongsilah dengan mereka pada harta dan anak-anak dan berilah perjanjian kepada mereka. Dan tidak ada yang dijanjikan oleh syaitan kepada mereka melainkan tipuan belaka" (Al-Isra : 64)
Maksud
ayat Ini ialah Allah memberi kesempatan kepada Iblis untuk menyesatkan manusia
dengan segala kemampuan yang ada padanya. tetapi segala tipu daya syaitan itu
tidak akan mampu menghadapi orang-orang yang benar-benar beriman. Jelaslah
kepada kita bahawa bersahabat dengan jin adalah perbutan yang seharusnya
dielakkan jika mahu hidup bahagia.
Oleh: syahkist