Thursday, April 18, 2013

RUQYAH BERAMAI-RAMAI



Teknik ruqyah beramai-ramai antara tenik yang sangat efektif. Biasanya jin akan ketakutan dan sakit bila energi ruqyah yang dibacakan secara kelompok. Ini memudahkan lagi peruqyah untuk meruqyah pesakit. Antara tekniknya ialah: 

1. Baca sayidul istigfar, tazkiyatun nafs, doa kesembuhan dan ikrar pemutus perjanjian..

2. Mula ruqyah dengan meruqyah pesakit sehingga selesai bacaan ruqyah tersebut oleh seorang penruqyah, sehingga jin yang masuk ke tubuh pesakit itu kesakitan dan kepanasan dalam tubuh pesakit.

3. Kemudian ajak jin berdialog, meyerunya untuk masuk Islam, sekiranya dia masuk Islam maka Alhamdulillah... suruh dia kelur dan berikan peringatan dengan azab Allah jika melakukan kezaliman. Tetapi sekiranya dia enggan teruskan dengan teknik yang lain..

3. Mulakan dengan teknik menyiksa jin tersebut, jika dia mahu keluar buat perjanjin supaya dia tidak balik menyerang pesakit dan semua ummat manusia.. jika dengan cara ini pun dia tidak mahu keluar maka..

4. Jika jin tersebut degil maka lakukan ruqyah beramai-ramai dengan memegang pesakit baca ayat qursi 7x, 3 Qul kesemuanya 7x. Selepas habis membaca satu surah dihembuskan ke arah pesakit, ketika ini jagan hiraukan teriakan jin tersebut sehingga selesai membaca ksemuanya tersebut. Apabila sudah habis maka mulakan berdialog dengan jin tersebut. Biasanya jin akan mengikut apa yang kita kata.

5. Jika jin tersebut ingin masuk Islam maka suruh dia masuk Islam dan keluar. Jika jin itu tidak dapat keluar kerana diikat oleh tukang sihir maka ajarkan jin berdoa supaya diberi kemampuan untuk mencabut buhul sihir tersebut.. InsyAllah dengan izin Allah akan putus buhulnya.. jika tidak mampu gunakan teknik2 pemutus buhul yang bayak telah dibincangkan. 

6. Sekiranya ada jin yang inkar untuk tidak mahu keluar, serta tidak mahu masuk islam dan masih lagi mengikuti telunjuk tukang sihir, maka gunakan teknik sembelihan kerana jin telah menoda tubuh pesakit tersebut.

7. Setelah selesai bentengi pesakit dengan ayat pembenteng, suruh dia solat tanda syukur kepada Allah swt. Suruh pesakit sentiasa dekatkan diri kepadAllah swt dengan amalan-amalan zikir sunnah yang diajarkan oleh Nabi saw serta sentiasa melakukan ruqyah mendiri, mudah-mudahan pesakit akan mendapat kesembuhan dengan izin Allah swt.

Oleh: Ahmad Syahin


No comments:

Post a Comment