Tuesday, April 9, 2013

MENYEMBELIH JIN YANG ZALIM



Sembelih jin adalah cara terakhir selepas diberi arahan supaya keluar, bertaubat dari melakukan kezaliman kepada manusia. Perawat atau seseorang tidak boleh melakukannya kecuali setelah melakukan usaha-usaha yang lain dahulu.

Perawat berhak untuk meyembelih disebabkan jin itu menzalimi manusia. Perawat tidak ubah seperti polis yang meminta supaya perompak keluar dari rumah dan berhenti merompak serta menyerahkan diri, atau keluar dari rumah yang diduduki secara haram.

Jika jin tersebut tidak mahu keluar, maka dia telah mengancam nyawa manusia, dia telah mengambil tubuh manusia dengan cara batil, dia telah menzalimi manusia dan boleh menyesatkan akidah muslim. Oleh demikian cara terakhir boleh kita lakukan ialah dengan cara menyembelih jin tersebut.

Sebelum menyembelih perlu diketahui bahawa, kita perlulah berdoa di dalam hati memohon kepada Allah swt supaya tidak menzalimi jin-jin dalam penyembelihan sebelum melakukan aksi penyembelihan.

Tanya jin berkenaan jika dia mahu keluar supaya tidak disembelih. Jika dia mahu, minta supaya dia menggerakkan anggota pesakit terutama jari kaki pesakit. Jika mahu keluar maka boleh lakukan tarikan dengan menggunakan serban atau tangan kita untuk membantunya, kemudia lakukanlaha sembelihan.

Sembelihan boleh dilakukan dengan membaca ayat Qursi, 3 Qul, Al-Maidah ayat: 33-34 atau Surah Al-Anfal ayat:17. Lakukan penyembelihan dengan aksi seperti tengah menyembelih sambil menyebut Allahu Akbar berkali-kali. Cara untuk menyembelih jin ialah:

1.      Membaca selawat 3X

2.      Baca doa اللهما انا نجعلك في نحورهم ونعوذبك من شرورهم
Tiup di tangan kanan dengan niatkan menjadi pedang di alam jin. Boleh juga menggunakan alat rawatan.

3.      Kemudian baca surah Al-Anfal ayat:17 dengan tangan ditempelkan di lehir sendiri atau orang lain. Baca berulang-ulang sehingga rasa pedang menempel di tekak.

4.      Kemudian lakukan sembelihan dengan "La Hawla walaa Quwwata Ilabillah " atau baca Takbir berkali-kali, seperti Allahu Akbar sebayak 3X


Sembelihan juga boleh dilakukan bagi pesakit jarak jauh. Caranya ialah sama seperti di atas. Cuma kena bangun niat untuk sembelih pesakit yang berada di telifon sana. Sebelum itu lakukan peringatan, ancaman, arahan supaya ia keluar. Jika jin tersebut dengil maka buktikan. Perawat sembelihkan dia dengan tangan di lehir sendiri dengan menitkan sembelih jin yang berda pada pesakit laknatullah.


Oleh : Ahmad Syahin

No comments:

Post a Comment