Thursday, April 22, 2010

Kenapa Perlu Berpecah







- Berlari ke arah kebenaran



Perpecahan

Allah Swt mengutuskan Nabi Muhammad Saw ke dunia, sebagai rahmat bagi sekalian alam. Nabi saw adalah pilihanya untuk menyampailkan ajaran Islam kepada umat akhir zaman. Sebelum datangnya wahyu dan agama Islam nabi Saw diterima oleh masyarakat akan tetapi apabila datangnya kebenaran mereka mula berpecah sebagaimana yang berlaku kepada Ahli kitab mereka akan berpecah apabila datangnya wahyu daripada Allah swt.

‏كَانَ النَّاسُ أُمَّةً وَاحِدَةً فَبَعَثَ اللّهُ النَّبِيِّينَ مُبَشِّرِينَ وَمُنذِرِينَ وَأَنزَلَ مَعَهُمُ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ لِيَحْكُمَ بَيْنَ النَّاسِ فِيمَا اخْتَلَفُواْ فِيهِ وَمَا اخْتَلَفَ فِيهِ إِلاَّ الَّذِينَ أُوتُوهُ مِن بَعْدِ مَا جَاءتْهُمُ الْبَيِّنَاتُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ فَهَدَى اللّهُ الَّذِينَ آمَنُواْ لِمَا اخْتَلَفُواْ فِيهِ مِنَ الْحَقِّ بِإِذْنِهِ وَاللّهُ يَهْدِي مَن يَشَاء إِلَى صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ

Manusia itu adalah umat yang satu. (setelah timbul perselisihan), maka Allah mengutus para nabi, sebagai pemberi peringatan, dan Allah menurunkan bersama mereka Kitab yang benar, untuk memberi keputusan di antara manusia tentang perkara yang mereka perselisihkan. Tidaklah berselisih tentang Kitab itu melainkan orang yang telah didatangkan kepada mereka Kitab, yaitu setelah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang nyata, karena dengki antara mereka sendiri. Maka Allah memberi petunjuk orang-orang yang beriman kepada kebenaran tentang hal yang mereka perselisihkann itu dengan kehendak-Nya. Dan Allah selalu memberi petunjuk orang yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus.( Al-Baqarah 213 )

وَمَا تَفَرَّقُوا إِلاَّ مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَهُمْ الْعِلْمُ بَغْياً بَيْنَهُمْ

Dan mereka (ahli kitab) tidak berpecah belah, kecuali setelah datang pada mereka ilmu pengetahuan, karena kedengkian di antara mereka ( Al-syuura : 14 )

Nabi Saw Menyatakan bahawa umatnya juga akan berpecah kepada 73 puak, sabda Rasulullah SAW :

إِنَّ مَنْ قَبْلَكُمْ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ افْتَرَقُوا عَلَى ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِينَ مِلَّةً وَإِنَّ هَذِهِ الْمِلَّةَ سَتَفْتَرِقُ عَلَى ثَلَاثٍ وَسَبْعِينَ ثِنْتَانِ وَسَبْعُونَ فِي النَّارِ وَوَاحِدَةٌ فِي الْجَنَّةِ وَهِيَ الْجَمَاعَةُ

“Sesungguhnya orang sebelum kamu daripada ahli kitab telah berpecah kepada 72 golongan dan sungguh umat ini akan pecah menjadi 73 golongan, 72 golongan di neraka dan satu disyurga yaitu al-Jama’ah” (HR Abu Daud).

Ubat Kepada Perpecahan


Perpecahan umat muslimin menjadi kelompok-kelompok pemikiran yang banyak tidak dapat dikira lagi kerana banyaknya aliran –aliran pemikiran . Semua itu disebabkan jauhnya daripada sumber Islam yang sebenar, sabda Nabi Saw :

فَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ يَرَى اخْتِلَافًا كَثِيرًا وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الْأُمُورِ فَإِنَّهَا ضَلَالَةٌ فَمَنْ أَدْرَكَ ذَلِكَ مِنْكُمْ فَعَلَيْهِ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ الْمَهْدِيِّينَ عَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ

“Sesungguhnya siapa diantara kamu yang hidup, maka akan melihat perselisihan yang banyak dan berhati-hatilah kamu daripada perkara yang baru “bid’ah karana ia adalah kesesatan. Sesiapa di kalangan kamu yang mendapatinya maka wajiblah komitmen kepada sunnahku dan Sunnah para khulafa` Rasyidin al Mahdiyin, gigitlah ia dengan gigi gerahanmu“. (HR At Tirmidzi).

جاء في موطإ الإمام مالك وغيره أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: تركت فيكم أمرين لن تضلوا ما تمسكتم بهما كتاب الله وسنة نبيه

“ Sabda Nabi saw, Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang mana kamu tidak akan sekali-kali sesat selama mana kamu berpegang dengan keduanya iaitu Al-Quran dan Al- Sunnah Nabi saw. ( Muwatta )

Oleh : ahmad_syahin@yahoo.com



No comments:

Post a Comment