Sunday, April 18, 2010

Sekular Menipu Allah Ketika Solat




Ini adalah sedikit coretan kuliah ana ketika mentafsirkan surah Al- Tin. Ketika ana mentafsirkan ayat yang terakhir pada surah ini, terasa ramai di kalangan kita terutama orang yang menyokong mereka yang tidak berhukum dengan hukum Allah swt di dunia. Padahal itu adalah suruhan Allah yang wajib dilaksanakan dan ditaati sebagaimana solat.

Sebagai makhluk yang Allah ciptakan dengan sebaik-baik kejadian seharusnya tidak menipu Allah swt. Ini saya tujukan khusus kepada mereka yang melanggari perintah Allah swt seperti UMNO. Apa yang malang sekali di dalam solat mereka menyatakan sokongan terhadap Allah swt adalah Hakim “ bijaksana dan di luar solat mereka seolah –olah tidak indahkan arahan Allah swt dan mengenepikan Allah sebagai hakim “ penjatuh hukum “ .

Di dalam solat mereka membaca ayat :

فَمَا يُكَذِّبُكَ بَعْدُ بِٱلدِّينِ

Oleh itu’ apakah yang menyebabkan kamu mendustakan agama ( Al-Tin : 7 )

أَلَيْسَ ٱللَّهُ بِأَحْكَمِ ٱلْحَاكِمِينَ

Bukankah Allah (yang demikian kekuasaanNya) seadil-adil Hakim? ( Al-Tin : 8 )

Lalu mereka menjawab :

«بلى، وأنا على ذلك من الشاهدين».

"Benar itu! Dan aku sendiri atas yang demikian itu turut menyaksikan."

Mereka telah berikrar di dalam sembahyang bahawa Allah swt adalah yang paling bijak menjatuhkan hukum tetapi alangkah hinanya apabila mereka menyokong perjuangan UMNO yang jauh tersasar daripada Islam yang memisahkan Islam dengan politik dan banyak meniggalkan hukum –hukum Allah.

Mereka ini tidak lain akan ditimpa kehinaan di dunia dan di azab di akhirat Allah swt . Bertaubatlah sebelum nyawa sampai ke halqum, sebelum bumi berkecai pada hari kiamat. Mereka juga akan mendapat saham di sebalik kekejaman hukum yang dilaksanakan di dunia ini dengan mengenepikan Islam.

Sebagai contoh Allah menyuruh kita melakukan Qisas iaitu “ hukum bunuh balas secara Islam “ tiba- tiba mereka menggantikan dengan tali gantung yang amat menyiksakan dan zalim. Mereka ini tidak lain akan didakwa di mahkamah Allah swt. Tidak terlepas juga sesiapa yang menyokong mereka .

Cuba kita fikirkan betapa ramai yang teranaya dengan hukuman buatan manusia yang tidak dapat menjaga manusia. Hukuman manusia ini juga tidak dapat menggerunkan manusia , natijahnya timbullah ribuan penagih dadah, bohsia , pengkid, lesbian, minum arak , rempit, pelacuran dan jenayah murtad yang berlaku di mana-mana . Ini adalah natijah apabila melantik orang-orang yang bodoh memerintah negara.

Mereka yang menyokong tidak akan terlepas juga daripada apa yang disokong. Mereka umpamaorang yang tidak mendahulukan perkara yang Allah wajibkan ke atas mereka. Apabila tiba bulan Ramadhan mereka sembahyang terawih yang sunnat, sedekah dan lain2 , bagi ana itu adalah suatu yang perlu kita puji , tetapi Islam bukan hanya perkara itu.

Mereka lupa akan perkara yang wajib yang Allah swt perintahkan kepada mereka supaya berhukum dengan hukum Allah swt. Apabila tiba musim pilihan raya mereka memangkah parti sekular yang menyelewing daripada Islam . Mereka ini ibarat orang yang memakai kopiah tetapi tidak memakai seluar.

Oleh : ahmad_syahin@yahoo.com


No comments:

Post a Comment