- Gambar hiasan
1. Mahu Menjadi Ketua
Islam meminta kita untuk kita dakwah dan mempengaruhi orang ramai supaya yakin dengan agama Allah swt. Walaupun pengikut kita sedikit dan tidak ada orang yang mendokong apa yang kita perjuangkan itu adalah perkara biasa, kerana ramai bilangan pengikut, tidak menentukan benar dan salah perjuangan kita , yang menentukan adalah kita yang mengikut Al-Quran dan Rasulullah saw. Kewajipan kita adalah untuk melakukan kerja menyampaikan dakwah dan menyambung tugas Nabi-nabi.
Daripada Abu Musa r.a. (Allah telah meredhainya) katanya: Aku dan dua orang lelaki dari kaumku telah masuk kepada Nabi s.a.w.. Salah seorang daripada dua lelaki berkenaan berkata: Lantiklah kami menjadi ketua wahai Rasulullah!. Yang seorang lagi juga berkata demikian. Lalu baginda bersabda: "Sesungguhnya kami tidak melantik dalam urusan ini sesiapa yang memintanya atau bercita-cita untuk mendapatkannya" ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim )
2. Tuntut Ilmu Kerana Dunia
Menuntut ilmu untuk kepentingan peribadi, bukan kerana Allah dan mahu menyambung tugas nabi-nabi. Natijahnya ramai di kalangan mereka yang mempelajari agama tetapi tidak ada manfaat kepada Islam, diri dan masyarakat.
“Daripada Ka’ab bin Malik r.a, katanya : Aku mendengar RasululLah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang menuntut ilmu (agama) untuk menyaingi ulama, atau berbahas dengan orang jahil, atau supaya dengan ilmu tersebut wajah orang ramai tertumpu kepadanya, maka Allah masukkan dia ke dalam neraka.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah daripada Ibn ‘Umar, al-Hakim daripada Jabir bin ‘Abdillah. Al-Hakim mensahehkannya dan disetujui oleh al-Zahabi. Lihat : Al-Mustadrak 1/272, cetakan Dar al-Ma’rifah, Beirut. Ada perselisihan dalam menentukan kedudukan hadith ini, namun hadith ini mempunyai syahid (pembuktian daripada riwayat lain) yang menjadikannya pada darjah sahih.)
3. Memaki Hamun Tiada Akhlak
Akhlak kita mestilah berakhlak sebagaimana Nabi saw, bukan mengikut mana-mana orang alim yang tidak maksum, kerana terkadang mereka pun ada tersilap sama seperti kita. Akhlak yang baik menjadikan orang tertarik dengan kita seterusnya kepada apa yan kita bawa. Bukan sebaliknya apabila orang melihat kepada kita “ terus benci terhadap kita “ sabda Nabi saw :
إنما بعثت لأتمم مكارم الأخلاق"
“ Bahawasanya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia “
( di sahihkan oleh Al-Albani dalam sahihnya )
Oleh : ahmad_syahin
No comments:
Post a Comment