Tuesday, April 20, 2010

Memperingati 6 Tahun Syahid Dr.Abdul Aziz Ar-Rantisi







Syahid Dr.Abdul Azi Ar-Rantisi

As-Syahid Dr.Abdul Aziz Ar-Rantisi gugur syahid pada 17 April 2004. Beliau adalah Qo’id Harakatul Muqawwamatul Islamiyyah (HAMAS) Palestin yang ke-2 selepas As-Syahid Sheikh Ahmad Yasin yang gugur syahid pada 22 Mac 2004.

Sheikh Yasin memegang kepimpinan Hamas bermula... tahun 1987. Dr.Abdul Aziz pula memegang taklifan sebagai
Qo’id Hamas belum sampai sebulan, lalu ditembak oleh teroris Israel menggunakan helicopter Apache sebagaimana yang dilakukan oleh Israel pada Sheikh Yasin.

Dr.Abdul Aziz syahid bersama 2 pengawalnya. Antara ucapan masyhur beliau apabila ditanya tentang kematian, beliau menjawab
“mati itu sama sahaja samada kerana serangan jantung atau kanser..namun aku lebih suka mati kerana Apache..”Ratusan ribu umat Islam mengiringi jenazah mereka. Kini, Qo’id Hamas yang ke-3 dirahsiakan dan hanya ditonjolkan pimpinan-pimpinan tertentu sahaja. Sumber: [1]

Kemarin Juga Sambutan Perayaan 62 Tahun Yahudi

Tanpa terasa, kemarin Israel telah berusia 62 tahun. Di Israel, perayaan 62 tahun dimulai Senin malam dengan upacara lampu obor tradisional di Gunung Herzl di Yerusalem. Tema acara tahun ini adalah pepatah dari Theodor (Binyamin Ze'ev) Herzl, "Jika Anda menghendakinya, maka itu bukan mimpi."

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengeluarkan pernyataan khusus untuk acara itu, "Pada Hari Kemerdekaan kita, ada dua mukjizat bangsa Yahudi: Keajaiban kebangkitan dan keajaiban pembangunan. Keajaiban kebangkitan, karena kita yang tidak akrab dengan bangsa lain yang tersebar di seluruh dunia dan kehilangan kendali atas takdir tetapi masih berhasil kembali ke tanah air kita dan membangun kembali kedaulatan di sini.


"Keajaiban lain adalah pembangunan (Israel): Apa yang telah kita bangun di negeri ini. Israel dengan cepat menjadi negara adidaya ekonomi regional dan negara adikuasa dengan teknologi global dalam dunia pengetahuan di abad ke-21. Begitu juga Dalam ilmu pengetahuan, kedokteran, teknologi dan seni. Dalam segala bidang, kejeniusan bangsa kita menciptakan negara yang megah," demikian Netanyahu.

Netanyahu juga menyebutkan bahwa "Kita tidak di sini secara kebetulan. Kami di sini karena ini adalah tanah kami. Kami telah kembali ke tanah kami, ke kota kami—Yerusalem—karena ini adalah tanah kami, ini adalah kota kami."

Perayaan negeri Israel raya itu seperti tahun-tahun sebelumnya selalu berjalan meriah. Dan dunia melupakan, bahwa mereka merayakan hari kemerdekaan mereka di atas tanah rampasan bumi Palestina. (sa/ynet). Sumber [2]

Tugas Kita Pejuang

أَجَعَلْتُمْ سِقَايَةَ الْحَاجِّ وَعِمَارَةَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ كَمَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَجَاهَدَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ لا يَسْتَوُونَ عِنْدَ اللَّهِ وَاللَّهُ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ .

الَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِنْدَ اللَّهِ وَأُوْلَئِكَ هُمْ الْفَائِزُونَ .

Apakah (orang-orang) yang memberi minuman orang-orang yang mengerjakan haji dan mengurus Masjidil haram kamu samakan dengan orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian serta bejihad di jalan Allah? Mereka tidak sama di sisi Allah. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.

Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta, benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi derajatnya di sisi Allah. Dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan.

( At-taubah 19-20 )

Dalam menghuraikan ayat ini saya mengingatkan ikhwan-ikhwan yang tercinta dengan apa yang dikatakan oleh Ibnul Qayyim rahimahullah: “Sesugguhnya syaitan ingin mengalahkan seseorang hamba dengan salah satu daripada tujuh rintangan; yang ke enam adalah: rintangan dengan beramal dengan amalan yang kurang utama. Syaitan memerintahkan untuk melakukannya dan menjadikannya bagus di matanya serta menghiasi amalan tersebut untuknya, dan dia memperlihatkan pelbagai keutamaan dan keuntungan yang ada pada amalan tersebut, supaya hamba tadi menyibukkan diri dengannya daripada amalan yang lebih utama darinya, dan yang lebih besar pendapatan dan keuntungannya. Ini kerana syaitan tidak mampu untuk menghalanginya dari mendapatkan pahala secara keseluruhan, maka dia bertekad untuk menghalanginya daripada mendapatkan keutamaan yang sempurna dan darjat yang tinggi. lalu dia menyibukkan hamba tadi dengan sesuatu yang kurang utama daripada amalan-amalan yang lebih utama, dan dengan amalan yang kurang besar daripada amalan yang lebih besar, dengan amalan yang dicintai oleh Allah daripada amalan yang sangat dicintai oleh Allah, serta dengan amalan yang diredoi oleh Allah daripada amalan yang sangat diredoi oleh Allah.”[1]

Ayat ini jelas menerangkan kelebihan jihad di jalan Allah Swt, lebih besar bagi orang yang beriman daripada memakmurkan masjid Allah. Didalam kitab An-Nihayah Wal Khulasah Imam Al-Syahid Abdullah Azzam, menukilkan apa yang dikatakan oleh ‘Abdullah Ibnul Mubaarok. Suatu ketika beliau mengirimkan surat kepada Al Fudoil bin ‘Iyaadl yang berada di dua Masjidil Haram, yang berbunyi :

يَاعَابِدَ الْحَرَمَيْنِ لَوْ أَبْصَرْتَنَا

لَعَلِمْتَ أَنَّكَ بِالْعِبَادَةِ تَلْعَبُ

مَنْ كآَنَ يَخْضِبُ خَدَّهُ بِدُمُوعِهِ

فَنُحُورُنَا بِدِمَائِنَا تَتَخَضَّبُ

Wahai orang yang beribadah di dua masjid haram, seandainya engkau melihat kami …

Tentu engkau akan tahu bahwa engkau beribadah itu hanya bermain-main …

Kalau orang pipinya berlinangan air mata …

Maka sesungguhnya leher kami berlumuran dengan darah …

Itulah pendapat seorang ahli faqih, hadith, mujtahid dan mujahid Abdullah Ibnul Mubarak terhadap mereka yang tidak duduk di masjidil haram yang pada masa yang sama umat Islam diperlekeh dan dihina. Darah mereka tersimbah ke bumi disebabkan kekejaman musuh agama.

Abdullah Bin Azzam berpendapat “…. itu adalah bermain- main dengan Diin (Agama) Allah ….. “.

Oleh : ahmad_syahin@yahoo.com



[1] http://arruhuljadid86.blogspot.com/

[2] http://www.eramuslim.com/




No comments:

Post a Comment