Thursday, April 22, 2010

PERBEZAAN NASIONALISME UMNO DAN PAS


MELAYU = MELAYU



"Di atas robohan Kota Melaka,
kita dirikan jiwa merdeka,
bersatu padulah seluruh baka,
membela hak keadilan pusaka"

(Ucapan Dr Burhanuddin Al-Helmi pada Disember 1946

dalam kongres PKMM yang Kedua di Melaka)

PERBEZAAN NASIONALISME UMNO DAN PAS

Dr. Burhanuddin Al-Helmi adalah seorang tokoh ulama tanah air yang memperjuangkan bangsa Melayu untuk kemerdekaan Negara . Kekeliruan timbul apabila tidak memahami konsep Nasionalisme atau Assabiyyah yang telah diterangkan oleh Nabi saw, Sabda Nabi saw :

لَيْسَ مِنَّا مَنْ دَعَا إِلَى عَصَبِيَّةٍ وَلَيْسَ مِنَّا مَنْ قَاتَلَ عَلَى عَصَبِيَّةٍ وَلَيْسَ مِنَّا مَنْ مَاتَ عَلَى عَصَبِيَّةٍ

“Bukan dari kalangan kita orang yang menyeru ke arah assabiyyah, bukan dari kalangan kita orang yang berperang di atas dasar assabiyyah dan bukan dari kalangan kita orang yang mati di atas dasar assabiyyah.” (Riwayat Muslim/ Abu Daud : 4456 )

Kekeliruan ini adalah berpunca daripada pengaruh pentafsiran yang salah, yang kebanyakanya mentafsirkan hadis berdasarkan makna bahasa, mereka memakai makna assabiyyah secara berlebihan dari sudut bahasa, sebaliknya melupakan dari sudut istilah menurut keterangan daripada Rasulullah saw.

Perlu difahami bahawa mengutamakan makna dari sudut bahasa dan meniggalkan pemahaman daripada Al-Quran, Sunnah dan Salafu soleh bagi sesuatu kalimah Nas-nas syarak adalah cara tafsiran Ahi bid’ah.

Sepatutnya kita haruslah memahami daripada kontek pandangan Al-Quran, Sunnah dan Salafu solleh barulah dirujuk kepada perbahasan dari sudut bahasa. Di dalam hal ini pengertianya telah diterangkan di dalam hadith Rasulullah saw :

Seorang sahabat bertanya:

“Apakah asobiah itu wahai Rasulullah?”

Nabi Muhammad menjawab:
“Asobiah itu ialah kamu menolong kaummu atas dasar kezaliman.”

(Riwayat Muslim, Abu Daud dan Nasa’i)

Nasionalisme yang diakui oleh islam adalah membela bangsa di atas dasar Islam sebagaimana Nabi Musa yang membela Bani Israil[1]. Setelah kita memahami bahawa assabiyyah itu adalah menolong bangsanya di atas kezaliman, maka ketika itulah kita dapat memahami bahawa Fahaman Nasionalisme sekular yang memakai undang- undang sekular dan menolak hukum –hukum Allah swt inilah yang ditentang seperti UMNO.

Fahaman inilah yang termasuk di dalam hadis nabi saw tersebut kerana kezaliman Nasionalisme moden ini mengenepikan hukum-hukum Allah dan ianya berlaku pada zaman jahiliyyah moden sekarang . Firman Allah swt :

وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَآ أنزَلَ ٱللَّهُ فَأُوْلَـٰئِكَ هُمُ ٱلظَّالِمُونَ

Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang Yang zalim. ( Al-maidah 45 )

وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik. ( Al-Maidah 47 )

Oleh : ahmad_syahin@yahoo.com



[1] Bangsanya Nabi Musa yang dianayai Firaun yang berbangsa Qibti .

No comments:

Post a Comment