Tuesday, April 13, 2010

Mungkin UMNO Juga Syaitan






Assalamualaikum alhamdulillah, mungkin UMNO juga syaitan,, apabila ana bagi kuliah di Masjid ana Tafsir “ Auzubillah Mina Syaitan “ ana sentiasa memikirkan Syaitan di kalangan manusia yang memusuhi Nabi dan Orang-orang yang beriman . Syaitan menghasut manusia supaya Was-was terhadap Al-Quran. Oleh demikian apabila kita mahu membaca Al-Quran Allah swt mengarahkan supaya kita berlindung dengan Allah daripada Syaitan Firman Allah swt :

فَإِذَا قَرَأْتَ ٱلْقُرْآنَ فَٱسْتَعِذْ بِٱللَّهِ مِنَ ٱلشَّيْطَانِ ٱلرَّجِيمِ

“ Dan jika kamu membaca Al-Quran maka mohonlah perlindungan Allah dari syaitan yang direjam.” (Surah An-Nahl :98).

Didalam surah An-Nas Allah swt menyebut :

ٱلَّذِى يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ ٱلنَّاسِ

Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke Dalam hati manusia, ( Al-Nas : 5 )

مِنَ ٱلْجِنَّةِ وَٱلنَّاسِ

"(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia". ( Al-Nas : 6 )

Allah memerintah untuk kita berlindung dengan Syaitan daripada Was-was terhadap Al-Quran kerana Al-Quran tidak ada syak padanya . Adapun was-was ketika ambil air sembahyang , niat dan sebagainya itu adalah was-was yang kecil yang tidak menyebabkan muslim itu keluar daripada Islam, tetapi sekiranya was –was terhadap al-Quran akan menyebabkan kita keluar daripada islam .

Syaitan Manusia

Syaitan manusia menyeru manusia untuk meniggalkan al-Quran, berhukum selain daripada Al-Quran dan menyelewing daripada Islam, Allah swt menegaskan bahawa setiap Nabi yang diutuskan pasti ada Syaitan manusia, firman Allah swt ;

وَكَذَٰلِكَ جَعَلْنَا لِكُلِّ نِبِيٍّ عَدُوّاً شَيَٰطِينَ ٱلإِنْسِ وَٱلْجِنِّ يُوحِي بَعْضُهُمْ إِلَىٰ بَعْضٍ زُخْرُفَ ٱلْقَوْلِ غُرُوراً وَلَوْ شَآءَ رَبُّكَ مَا فَعَلُوهُ فَذَرْهُمْ وَمَا يَفْتَرُونَ

Dan demikianlah kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. dan jika tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu. ( Al-Anam : 112 )

Orang yang menolak Al-Quran serta memisahkan Islam dengan Politik serta mengajak orang ramai untuk mengikutnya dan meniggalkan mereka yang memperjuangkan al-Quran mereka inilah Syaitan. Syaitan Inilah yang dihadapi oleh Rasul-rasul, Nabi –nabi dan Orang-orang yang soleh sekarang. Oleh demikian kita perlu berlindung dengan Allah swt daripada Syaitan Manusia ini sebelum daripada membaca Al-Quran.

Firman Allah :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنْصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

maksudnya;
"Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan"


Arak dan judi berleluasa

ِ



Dalam firman Allah, dinyatakan bahawa arak dan judi daripada amalan Syaitan. Arak dan Judi ada kaitan dengan UMNO, bermakna UMNO adalah Syaitan.

Allah SWT sebut lagi, jauhkan diri dari syaitan (UMNO), baru kamu akan berjaya. Justeru, cara nak jauhkan UMNO dari Malaysia adalah, dengan luputkan UMNO dari muka bumi Allah SWT ini.

Oleh : Ahmad_syahin


1 comment:

  1. Salam. Wah dasyat betul statement In "Mungkin UMNO juga Syaitan" tapi Nor tetap sokong la sbb hujahnya ada. Baarokallah ya akhi=) Teruskan menulis.

    ReplyDelete