Friday, April 1, 2011

SALAH PANDANG TERHADAP ISLAM








Alhamdulillah, malam ni sempat menulis sedikit catatan yang menjadi simpanan bagi aku dalam meneroka lautan ilmu. Dalam dunia hari ini, apa yang menarik ialah proses Islamisasi sangat pesat berkembang sama ada di negara kita mahupun di dunia umumnya. Islam kembali terserlah dengan pelbagai faktor. Antaranya maklumat Islam tersebar melalui proses langit terbuka atau globalisasi. Ini memberi peluang kepada masyarakat dunia mengenali Islam dengan lebih dekat.

Namun di dalam mencari kebenaran agama Islam, pengukuran terhadap Islam terkadang berbagai. Malah ada yang tersalah, lantas mengukur Islam dengan cara yang tidak mengambarkan identiti sebenar Islam. Ada yang mengukur Islam dengan keperibadian orang Islam, ada juga yang mengukur agama Islam dengan peradaban Islam yang telah beribu tahun dan ada juga yang mengukur Islam dengan sumbernya iaitu Al-Quran dan Al-Sunnah. Secara mudah Islam itu ditinjau dari tiga sudut iaitu orang Islam, tamaddun Islam dan sumber Islam.

Dalam mengenali Islam, orang Islam terkadang menjadi penghalang untuk mereka yang teringin masuk islam. Apa tidaknya tengoklah negara-negara Islam hari ini dengan pemerintahnya yang begitu teruk dan kejam, terutama di negara-negara Arab. Akibatnya berlakulah revolusi rakyat yang menyahkan pemerintah sendiri. Begitu juga dengan masyarakat orang Islam, terkadang lebih miskin dari mereka yang bukan beragama Islam kerana sikap malas bekerja. Kemiskinan mereka bukan setakat ilmu bahkan mencakupi segenap segi kehidupan. Oleh demikian pada zaman ini, dengan cara begini dan banyak faktor –faktor negatif lain, ramai yang tidak tertarik dengan Islam.

Mengenali Islam dengan tamaddun Islam pula berbeza dengan cara mengenali orang Isam, dengan cara ini lebih membuka mata kaum non-muslim untuk menerima Islam. Ini kerana Islam bermula dengan tamaddun yang agung pada masa lampau. Ia bermula dengan tamaddun kehebatan pimpinan Rasulullah saw yang kemudian beralih ke tangan sahabat. Pada zaman Saidina Umar Islam telah menguasai dua pertiga dunia dalam masa tidak sampai 100 tahun. Tamaddun itu jika dibandingkan dengan tamaddun lain ia tidak tertanding. Tetapi setelah tamaddun Islam telah runtuh, terutama tumbangnya kekhalifahan pada tahun 1924, tamaddun Islam dilihat tidak lagi berbisa, seperti sejarah kegemilanganya.

Melalui cara terakhir iaitu Islam dilihat dari sumbernya, iaitu Al-Quran dan Al-Sunnah. Melalui cara ini ramai yang tertarik kepada agama Islam. Malah telah terbukti ramai orang memilih Islam kerana melihat kepada sumber Islam ini. Sebagai contoh Yusuf Islam, Saintis-saintis dan ramai lagi cerdik pandai. Mereka lebih jelas apabila membaca kita suci Al-Quran, kerana realiti hari ini ramai umat Islam sudah berbeza dengan masa lampau, kemudian menjadi penghalang kepada Islam itu sendiri. Betullah kata Syeikh Jamaluddin Al-Afghani dan Abduh “ Islam itu terlindung dengan orang Islam’’ . oleh itu dalam konteks dakwah pada hari ini, apa yang perlu kita usahakan ialah dengan cara berusaha menjadi contoh muslim yang terbaik, membina semula tamaddun yang runtuh dan menghadiahkan kitab suci kepada orang bukan Islam untuk mengenali Islam. Wallahu a’lam..

catatan: Ahmad Syahin

No comments:

Post a Comment