Tuesday, April 19, 2011

BERDAKWAH BUKAN KHAS UNTUK USTAZ








Dalam berdakwah dan berceramah, ramai yang berperanan melakukan hal demikian, terutama para ustaz yang mempelajar ilmu agama secara khusus. Namun apabila ada orang yang tidak berlatar belakangkan pendidikan agama menerangkan Islam, terdengar suara –suara yang mengatakan bahawa “ kamu bukan ustaz atau ustazah maka jangan banyak cakap tentang Islam “, kita harus serahkan kepada ahlinya “. Ramai yang terover berbicara seperti itu terutama datang daripada pendakwah yang masih berfikiran jumud. Mereka telah menpersepitkan ruang dakwah Islam kepada golongan tertentu sahaja.

Memang di dalam Islam banyak perkara yang memerlukan disiplin ilmu untuk bercakap, seperti ilmu tafsir , hadith, fiqh, dan sebagainya. Namun tidak mutlak dikhususkan kepada mereka yang bergelar ustas/zah. Ini kerana ramai yang mendalami ilmu-ilmu ini walaupun mereka tidak mengikuti khusus pengajianya di universiti atau pusat-pusat pengajian Islam lain. Hasil dari minat dan kesungguhan mereka mempelajari agama Islam, mereka banyak tahu terkadang lebih dari golongan yang bertaitel ustaz atau ustazah. Malah, ada di antara mereka yang dapat menulis ratusan artikel dan buku.

Sebenarnya di dalam Islam, tidak ada istilah rijaaluddin (tokoh agama), ia lahir apabila tersebarnya proses sekularisasi yang melanda dunia. Pengaruh ini akhirnya masuk kedalam pemikiran sesetengah masyarakat Islam terutama dalam sosio- budaya, politik, ekonomi, kenegaraan, teknologi dan pendidikan. Ciri yang paling menonjol ialah menghapuskan pendidikan agama di sekolah-sekolah kebangsaan. Akhirnya, munculllah pemikiran, mereka yang berpendidikan agama hanya bertujuan untuk berkhidmat dalam ruang lingkup peribadatan. Pemikiran seperti ini seolah-olah agama hanya untuk gologan tertentu sahaja.

Pandangn tersebut salah , bahkan Islam untuk semua manusia, samada dia miskin, asli, hamba, raja, pemerintah, guru, murid dan sebagainya, Islam untuk semua manusia tanpa kecuali. Oleh demikian di zaman Rasulullah saw ramai yang mengikutnya di Mekkah dan Madinah, tergolong daripada segenap lapisan masyarakat samaada hamba, pemuda, badwi, bangsawan dan lain-lain. Mereka berpegang teguh dengan Islam yang disampaikan oleh Rasulullah saw. Bahkan mereka semua menjadi agen dakwah Nabi Saw.

Namun di dalam keterbukaan kita perlu juga bertapis dan berhati-hati membincangkan perkara yang berkaitan dengan Islam, terutama mereka yang tidak mempunyai ilmu langsung, jauh sekali digelar ustaz. Ini kerana untuk menyampaikan agama Allah swt perlu berilmu. Kita tidak mahu terjadi di dalam bidang lain doctor umpamanya, mereka yang mempunyai autoriti sahaja yang dibolehkan bercakap, tetapi di dalam bidang agama semua mahu bercakap dan mengeluarkan fatwa masing –masing. Ini kerana Islam mempunyai sumbernya iaitu Al-Quran dan Al-Sunnh, keduanya memerlukan ilmu supaya pentafsiranya betul mengikut syariat ilahi. Namun bagi meraka yang mempunya ilmu agama Islam yang tinggi, tetapi tidak digelar sebagai usataz, mereka tetap sama dengan ustaz/ah.

Mereka yang bukan berpendidikan Islam secara formal , seperti belajar di pusat-pusat pengajian Islam tetapi mereka beramal dengan Islam dan kaya dengan ilmu taqwini, di antaranya di kalangan intelektual seperti doctor, ahli astronomi, ahli sains, ahli matematik, ahli sejarah , ahli geologi, ahli psikologi, ahli falak dan banyak lagi. Mereka sangat diperlukan untuk tampil menjelaskan ayat-ayat Al-Quran dan Hadith berkenaan dengan kauniyyat atau ilmu taqwini, terutama yang mencakupi bidang mereka. Sebagai contoh, ahli Astronomi, menceritakan tentang bumi kebesaran tuhan . Ahli sains, menceritakan tentang kehebatan Allah yang berkaitan dengan sains. Ahli ekonomi, menjelaskan tentang kelebihan ekonomi Islam, buruknya riba, sistem kapitalis, sosialis dan sebagainya. Ahli bumi, menceritakan tentang bumi dan keagungan ciptaan Allah swt. Ahli falak, menceritakan tentang kebesaran dan kehebatan ciptaan tuhan tentang dunia ini.

Ini kerana ramai yang hanya bergelar ustaz tetapi tidak mendalam ilmu taqwini ini, mereka tentu sekali memerlukan bantuan pakar-pakar untuk menjelaskan kehebatan Allah swt tentang penciptaanya. Ini kerana mereka yang tidak mempunyai apa-apa tidak mampu memberi, mereka yang tidak mempelajari ilmu –ilmu ini tidak akan dapat menceritakanya. Oleh itu orang yang mempunyai ahli di dalam bidang inilah mampu menggerakan lubuk-lubuk hati kecil tentang keagungan ciptaan Allah swt. Ini kerana Allah menciptakan alam ini bukan sia-sia, disinilah terdapat ciptaan-ciptaan Allah yang menjadi tanda tentang kewujudan Allah swt. Mereka inilah diperlukan untuk berceramah tentang kepakaranya. Oleh itu cara perlaksanaan dakwah amat fleksibel, terpulanglah dengan apa cara sekalipun asalkan dakwah tetap berjalan. Allah swt telah memberi keluasan kepada kita, Firman Allah :

قُلْ كُلٌّ يَعْمَلُ عَلَى شَاكِلَتِهِ فَرَبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَنْ هُوَ أَهْدَى سَبِيلاً

Katakanlah: "Tiap-tiap orang berbuat menurut keadaannya masing-masing." Maka Tuhanmu lebih mengetahui siapa yang lebih benar jalannya.( surahAl- Israa’ ayat : 84 )

Didalam ayat tentang kauniyyah (kejadian makhluk) kita bebas untuk berfikir tentang ciptaan tuhan, malah ianya menyebabakan Iman semakin bertambah dan kita semakin dekat dengan Allah swt. Kekuatan manusia adalah dengan berfikir, dengan mengunakan akal fikiran maka manusia semakin medekati Allah. Oleh demikian tuhan sangat mecela mereka yang taqlid yang tidak mahu bgerfikir, hidup hanya dengn ikut-ikutan. Kerana itu Allah mengkritik keras mereka yang taqlid firman Allah yang bermaksud :

وَإِذَا قِيلَ لَهُمُ اتَّبِعُوا مَا أَنزَلَ اللَّهُ قَالُواْ بَلْ نَتَّبِعُ مَا أَلْفَيْنَا عَلَيْهِ آبَاءَنَا أَوَلَوْ كَانَ آبَاؤُهُمْ لاَ يَعْقِلُونَ شَيْئًا وَلاَ يَهْتَدُونَ

Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Ikutilah apa yang telah diturunkan Allah," mereka menjawab: "(Tidak), tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami". "(Apakah mereka akan mengikuti juga), walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun, dan tidak mendapat petunjuk? “Al-Baqarah :170.

Betapa ramai yang membaca Al-Quran hanya untuk mendapat pahala, tetapi jarang mereka membancanya untuk mendapat petunjuk , berfikir dan menggali mutiara yang selama ini terpendam . Al-Quran selalu memerintahkan manusia untuk menggunakan fkiran dan akal. Ternyata didalam ayat-ayat al-Quran, yang mengandungi kata “ fkir” lebih dari 50 kali, antara lain dalam surah Al-Mulk?

وَقَالُوا لَوْ كُنَّا نَسْمَعُ أَوْ نَعْقِلُ مَا كُنَّا فِي أَصْحَابِ السَّعِيرِ

“ Dan mereka berkata: "Sekiranya kami mendengarkan atau memikirkan (peringatan itu) niscaya tidaklah kami termasuk penghuni-penghuni neraka yang menyala-nyala."( Al-Mulk: 67:10 )

Akhiranya, jelas bahawa akal ini amat penting bagi manusia, ia dapat digunakan untuk mendekati Allah swt dan mencari kebenaran secara rasional. Namun apa yang perlu diketahui bahawa kebenaran yang dihasilan akal tidak bersifat mutlak, ini kerana manusia diberi ilmu pengetahun oleh Allah swt hanya sedikit. Akal hanya terhad kepada perkara-perkara yang boleh difikir , oleh demikian untuk melengkapinya ia perlu dipimpin oleh wahyu daripada Allah swt.

Oleh : Ahmad Syahin

Medan, 19.4.2011

No comments:

Post a Comment