Sunday, January 9, 2011

Catatan Tentang Isu Pluralisme Di Malaysia



Pluralisme Agama, atau persamaan antara agama-agama sering menjadi isu dalam masyarakat majmuk yang berbeza agama dan sering juga diperdebatkan oleh ramai ulama’. Pluralisme agama muncul disebabkan proses liberalisasi Islam yang dilakukan oleh sebahagin cendikiawan tertentu. Di Nusantara, fahaman ini banyak berkembang di negara Indonesia terutama pada zaman Gus Dur (Abdul Rahman Wahid dan Nurcholis Majid) dan ia terus berkembang sehingga sekarang.

Namun pada catatan kali ini bukanlah ingin menjelaskan ideologi Pluralisme secara panjang lebar, ini kerana perkara ini telah banyak diperbahaskan pada poses yang lepas. Dalam pembahasan mengenai isu ini orang yang paling saya kagumi adalah Dr Adian Husaini. Beliau banyak menulis buku-buku dalam bahasa Indonesia untuk menolak fahaman ini. Selain beliau banyak organisasi-organisasi Islam yang lantang menentang pluralism seperti MUI.

Di malaysia isu leberalisma dan pluralisme ada juga kedengaran. Baru -baru ini timbul satu isu dimana mantan Presiden ABIM, Ustaz Yusri Mohamad membentangkan kertas kerja mengenai “ Ancaman Pluralisme Agama di Malaysia, Satu Tinjauan Awal’’ beliau telah memasukkan beberapa tokoh –tokoh yang terkenal dalam politik dan agama yang terpengaruh serta melakukan sesuatu yang mempunyai unsur-unsur pluralisma seperti PM, Najib, DSAI, MB Kelantan [1].

Mengenai DSAI dan Najib saya tidak mahu mengulas panjang, tetapi saya ingin memberi respon tuduhannya terhadap TGNA. Namun Jawapan tentang perkara ini telah dinafikan sendiri oleh TGNA ketika memberikan kuliah di medan ilmu, lihat video [2]. Point penting yang perlu dicatat ialah TGNA bukanlah seperti yang dilebelkan. Tok Guru menjawab tuduhan ini dengan simple, saya catat lebih kurang mafhum kata-kata Tok guru “ Tanya saya dulu? Saya ni Tok Guru “ saya sebelum gi “ saya tanya dulu’’ agama atau budaya , kalau agama tok guru kata dia tok leh gi, kerana agama hanya satu tuhan lagi satu, Al-Quran lagi satu, ka’bah lagi satu, maka agama satu tok guru jawab” rujuk video.

Isu ini juga telah dijawab secara terang oleh mufti perlis Dr Juwanda jaya , katanya " Kita perlulah membezakan di antara sikap menghormati kebebasan pegangan agama orang lain yang diakui oleh Islam dengan hakikat maksud pluralisme," Tidak sepatutnya, tambah beliau, mereka yang bergelar sarjana tidak memahami metodologi ilmu dalam menilai perbezaan di antara dua perkara ini. Lihat lebih lanjut keteranganya.[3]

Perkara yang menjadi point penting bagi saya dalam isu ini yang perlu dicatat ialah kekeliruan antara fahaman Pluralisme mengenai agama dan Pluralisme dari sudut budaya. Secara ringkas saya bahgikan kepada dua ;-

pertama : ialah Pluralisme dalam agama, Pluralisme ini tidak boleh sekali-kali kerana Islam adalah agama yang paling benar dan tidak ada agama yang paling benar kecuali Agama Islam. Ayat-ayat Al-Quran banyak menjelaskanya seperti dalam surah Al-kaafirun. Di antara 10 perkara yang membatalkan keimanan ialah meyakini agama lain juga benar. Namun dalam hal yang sama Islam tidak menafikan bahawa tidak ada pemaksaan untuk memeluk Islam, apa yang ada hanyalah dakwah. Islam juga tidak menafikan kebebasan beragama di dalam negara Islam [4].

Kedua : iaitu pluralism budaya , disini kita perlu tahu bahwa masalah budaya atau adat istiadat tertentu yang ada pada bangsa tertentu yang tidak ada hubungan dengan teologi atau agama tida ada masalah untuk bertoleransi. Misalnya masalah perkahwinan, masalah kematian orang bukan Islam, masalah sakit, kenduri , dan lain-lain yang tidak berupa keagamaan. Namun sekiranya ada unsur pemujaan dan hal-hal yang berkaitan dengan agama maka tidak dibolehkan kita terlibat sama. Walaupun hal itu berlaku kepada bangsa kita sendiri , seperti tarian makyung atau istilah lain (Main Puteri bagi masyarakat Kelantan).

Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati di dalam melebelkan sesiapa sahaja mengenai Pluralisme Agama. Janganlah melebel sekiranya tidak ada bukti yang kukuh dan keyataan berdasarkan imiginasi dan tafsiran sendiri. Perkara yang tidak bercanggah dalam syariat ialah hormatilah manusia walaupun ia berugama lain, kerana mereka bukan binatang tetapi manusia. Pada zaman Rasulullah ada kematian orang yahudi yang jenazahnya dibawa lalu dihadapan Rasulullah yang sedang duduk , Rasulullah berdiri untuk menghormati mayat tersebut kerana dia adalah manusia. Penulisan ini haya sekadar catatan pribadi, jika ada saranan dan komentar saya alu-alukan… wallahua’lam…

Ahmad Syahin

9.1.2011, Indonesia


[1] http://pena-yusri.blogspot.com/2010/12/ancaman-pluralisme-agama-di-malaysia.html

[2] http://www.ustream.tv/recorded/11607134

[3] http://www.malaysiakini.com/news/150923

[4] http://syahkist.blogspot.com/2010/04/menolak-pluralisme-agama-dalam-islam-1.html

1 comment:

  1. " ada setegh org sibuk lwan liberal di negara yg jarg jmpa liberal' katanya liberal adalah usaha kristianisasi, tapi yg hairan, sekularisme yg jelas2 drp kristianisasi tak berapa endah pn"

    ReplyDelete